CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ular sawa besar tumpang kereta ‘healing’ ambil angin

6-1-2025 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20144| Komen: 11

 


PETALING JAYA – Seekor ular sawa besar mengejutkan pemandu dan orang ramai apabila dilihat ‘menumpang’ sebuah kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Ampang.

Menerusi hantaran oleh @tigrechef di Threads, ular sawa itu kelihatan duduk tenang di atas bumbung sebuah kereta Perodua Axia yang sedang meluncur di jalan raya.

Dalam video seterusnya, ular tersebut dilihat bergerak-gerak di sekeliling kereta walaupun kenderaan itu bergerak laju.


Perakam juga dilihat memberitahu pemandu bahawa terdapat ular di atas keretanya, namun pemandu itu memberi isyarat tangan, menunjukkan bahawa dia menyedarinya, tetapi tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang kebanyakannya mengagumi ketenangan pemandu dalam situasi tersebut, sementara ada juga yang meninggalkan komen mengusik.

“Plot twist, ular tu sebenarnya owner (pemilik) Axia dan kereta dia kena bawa lari,” usik @alanstagram01.

“Kalau aku, aku drive (pandu) terus ke balai bomba. Sampai dekat sana tekan hon banyak kali,” ujar @hdyhkrmn

“Kalau saya, saya bagi je ular tu drive (pandu). Saya balik naik Grab,” kata @hikayatmora. 
 
Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 6-1-2025 06:14 PM
tenang pula driver tu...
Quote noor2 6-1-2025 06:37 PM
Nk tgk video
Quote kotakbaju 6-1-2025 09:35 PM
Mak oih ular sawa kot, mau terkincit kuar lari jauh2 tinggal kete. Tapi tu la dah tengah drive mana la nak perasannya natang tu dok merayap atas bumbung.

Tapi betul juga komen kat atas, drive terus ke balai bomba je la biar abam bomba uruskan.
Quote Cassieopeia 7-1-2025 11:13 AM
uiii wlpn kt luar tapi seriau jgk kalau jd kat diri sendiri, waze la bomba ke APM ke biar dirog settle
Quote Weller 7-1-2025 12:07 PM
ada tgk vid kat reddit semalam



lepak je driver tu
Quote gorjeous 7-1-2025 01:01 PM
Ilmu apa pemandu tu pakai.. hihihi
Quote zuuu 7-1-2025 01:48 PM
Semoga ular tu selamat,tempat tinggal dia dh banyak musnah sebab tangan manusia gak,bila dia dh xde tempat tinggal masuk tempat tinggal manusia dia pulak yg disalahkan
Quote adiwarna 7-1-2025 03:13 PM
Gongxi gongxi, tahun ular, mau celebrate new year maaaa
Quote dubuk 7-1-2025 04:26 PM
Kenapa dia kontot je.. tak cukup panjang
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2025 04:34 PM
ula sawa fatulutut badaroh, fi hausfital min taubat....

Dan artinya, ular sawa patuk lutut berdarah, pi hospital mintak ubat
Quote Jitu 7-1-2025 07:48 PM
teringat beberapa bulan lepas lalu ikut hutan waktu malam
ular sawa besar melintas jalan
aku tak sempat elak telanggar bahagian ekor
rasa macam langgar tunggul kayu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.100338 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top