Pempengaruh, Dahlia Rizal berkongsi pengalaman menaiki ‘business class‘ di tiga syarikat penerbangan yang berbeza. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, isteri kepada pengacara dan pempengaruh media sosial iaitu Imran Aqil meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan. Pada perkongsian itu, Dahlia dilihat memberi ‘feedback’ tahap keselesaan bagi tiga pesawat yang dinaikinya iaitu Qatar Airways, Malaysia Airlines, dan Emirates. "Alhamdulillah tahun 2024 ada rezeki lebih sikit dapat naik business class untuk pertama kalinya." "Sudah menaiki tiga penerbangan business class. Jadi ini adalah review saya untuk setiap tempat duduk."
"Qatar Qsuite, RM16,000. Sangat besar dan selesa untuk tidur." "Malaysia Airlines, RM9,000. Tempat duduk selesa tapi ruang agak sempit." "Dan yang terakhir, Emirates Business Class, RM25,400. Kerusi yang selesa tapi sakit tengkuk sebab kena pusing kiri untuk tekan apa-apa di screen." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan harga yang dibayar oleh pempengaruh berusia 24 tahun itu. Selain itu, warganet turut berharap agar mereka juga berpeluang untuk menaiki pesawat ‘business class’ suatu hari nanti. Sumber: Oh Bulan |
black_handbag replied at 7-1-2025 04:54 PM
Ingatkan keje apalah masing2 berabis sakan macam tu. Satu seat sampai 20k -30k padahal duduk seat bi ...
prince_marhaen replied at 7-1-2025 04:46 PM
Teringat jumpa (terserempak) event dekat Saloma Bistro taun lepas... kawan meols yang kenal dia, bap ...
prince_marhaen replied at 7-1-2025 04:46 PM
Teringat jumpa (terserempak) event dekat Saloma Bistro taun lepas... kawan meols yang kenal dia, bap ...
makkenits replied at 8-1-2025 02:08 PM
mostly beauty influencers mmg mcm ni.. ari tu terserempak dgn sorg lg influencer bershopping di io ...
ADVERTISEMENT