CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahnita penipu? Suami dedah bukti perbualan dengan ibu, minta resipi pai

9-1-2025 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11973| Komen: 115|Original author: Raline

Kenyataan pelakon dan model Zahnita yang mengatakan dia mendapatkan resipi pai menerusi carian di Google adalah tidak benar.

Suaminya iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, turut berkata, Zahnita juga berbohong memberi kenyataan itu sebaliknya dia meminta resipi berkenaan daripada ibunya iaitu Norazlina Abdullah.

Sebagai bukti, Zackery turut berkongsi mesej perbualan ibunya yang dihantar Zahnita menerusi aplikasi WhatsApp.

zd.PNG


Kata Zackery lagi, ibunya berasa sangat kecewa apabila Zahnita mengeluarkan kenyataan tidak benar itu.

"Reaksi ibu saya apabila mendengar perkongsian yang dibuat Zahnita, sudah tentu dia (ibu) menganggap kenyataan itu adalah mengarut.

"Saya mempunyai bukti-butki perbualan mereka di WhatsApp yang mana Zahnita meminta resipi pai itu kepada ibu saya,” katanya ketika menghubungi mStar.


Atas dasar kasih ibu mertua kepada menantu, Zakery berkata ibunya tidak keberatan untuk berkongsi malah memberikan sokongan penuh atas perniagaan yang mahu diusahakan itu.

"Ibu saya memberikan sokongan terhadap Zahnita selepas mengetahui dia mahu memulakan perniagaan pai.

"Malah ibu juga mengucapkan tahniah dan memintanya untuk tidak berkongsi resipi tersebut di media sosial," ujarnya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi bersama mStar, Zahnita dilihat menghantar mesej kepada ibu mentuanya untuk meminta resipi pai itu pada Mei tahun lalu.

zx.PNG

Dalam perbualan itu, Norazlina turut memberikan kata-kata sokongan buat aktres berkenaan.

"Oh awak mahu mulakan perniagaan. Semoga berjaya dan saya doakan kejayaan buat awak.

"Tolong jangan kongsikan resipi ini di Instagram ya. Terima kasih. Saya harap awak faham kerana ia adalah sumber rezeki saya, tetapi saya tidak kisah berkongsi dengan awak untuk perniagaan ini," tulis Norazlina.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Norazlina meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya kerana tergamak bersangka buruk tentang dirinya.



Menurut Norazlina, dia sangat sayang akan menantunya itu sehingga sanggup berkongsi resipi pai yang kini menjadi produk jualan Zahnita.

Bagaimanapun, Zahnita menerusi laporan sebuah portal berita menyangkal dakwaan itu dan memberitahu pai dihasilkannya adalah resipi asas yang boleh diakses menerusi carian di Google.

Kemelut antara Zahnita dan suami berlaku apabila aktres berkenaan berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam pada 2 Disember 2024.


Menurut temu bual bersama mStar, Zahnita tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suaminya.

Pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.



Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya itu.

Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borrow 9-1-2025 03:00 PM
Dulu sheols ckp tu resipi mil kan. Sapa lg follow ig boleh kompemkan. Mil mmg ada ambil order/baking2 juga termasuklah aussie meat pie ni.
Quote Myeramie 9-1-2025 03:09 PM
Mstar smua interview mak mertua anak.
Quote nuhanis 9-1-2025 03:09 PM
Eh bukan memang dia cakap pie resepi mak mentua ke dulu? seingat aku la.
sejak bila cakap resepi google pulak? dia sendiri cakap ke?
Quote brainbiru 9-1-2025 03:21 PM
Ayat mak dia pon.. "pls do not share on ig"
Awatnya kalau share?????? Tgk ayat tu pun betapa toksik nya perangai.   
Quote Ms.Mangga 9-1-2025 03:32 PM
Laaahhhhh. Dlm dunia ni MIL dia sorang je ke yg pandai buat pie tu? Resepi pun nk kecoh. Tahhapehape.
Quote Prickford 9-1-2025 03:33 PM
Stupid reporter. Hal Zahnita & mamak tu, korang interview dua ekor ni je lah. Yg tarik sekali anak, mak mertua, buat apa? Jadi batu api?? Elok reporter ni jadi kayu pembakar la dalam neraka.
Quote BungaKencana 9-1-2025 03:35 PM
pasal resipi pun jd isu.. mcm2
Quote Samerosie 9-1-2025 03:35 PM
Alamak sikit nya inti.
Quote Dzahin_poch 9-1-2025 03:36 PM
borrow replied at 9-1-2025 03:00 PM
Dulu sheols ckp tu resipi mil kan. Sapa lg follow ig boleh kompemkan. Mil mmg ada ambil order/baking ...

Yup mmg dia mentioned itu resepi mil dia n dia x pernah nafi kan pon. Hahhaha mungkin fil x tgk ig dia kot hahahaha i sendiri baca cuma x ss je sb x terfikir kan ada isu pasal pie ni hahaha
Quote berusjamban 9-1-2025 03:43 PM
Sorry to xmcm aussie meat pie pun
Quote jejaka_hensem 9-1-2025 03:43 PM
Habis lah,acik2 forum dah berbelah bagi nak sokong sapa
Quote IzzahF 9-1-2025 03:45 PM
mil dia tanak ulas isu mata lebam dgn dadah tu ke?
Quote toynme 9-1-2025 03:50 PM
nuhanis replied at 9-1-2025 03:09 PM
Eh bukan memang dia cakap pie resepi mak mentua ke dulu? seingat aku la.
sejak bila cakap resepi goo ...

rasa mcm dia ada ckp teringat arwah father dia
kecik2 suka makan pie tu and recepie from her family
ke aku salah dengar ni

jauh juga perginya kes ni ea

Quote Lulu_717 9-1-2025 03:50 PM
Apa kaitan pie recipe dgn kes rumahtangga skrg ni? Focus on the main issue la deyyy. Wartawan pun sama bodoh.
Quote seri_mawr 9-1-2025 04:02 PM
salah faham kot ni....
siapa menyampai slah cerita ni...

dekat IG zahnita org ada mintak dia share resepi tu...pastu dia reply ckp pi google..ada bnyk recepi pie....

Quote cattiecute 9-1-2025 04:02 PM
Ms.Mangga replied at 9-1-2025 03:32 PM
Laaahhhhh. Dlm dunia ni MIL dia sorang je ke yg pandai buat pie tu? Resepi pun nk kecoh. Tahhapehape ...

selalunya kalau gini mesti nak cakap sebab guna resipi tu la bisnes berjaya la
pastu dah berjaya terus jadi menantu tak kenang budi
aku bagi makan minum tapi dicalit taik kat muka
standard mak mertua nampak anak dia suci dalam debu
menantu tetap orang luar.
Quote manehnya 9-1-2025 04:07 PM
so what, resepi je pun... boleh je minta kt sapa2.. motip?

Quote kucingitam 9-1-2025 04:08 PM
brainbiru replied at 9-1-2025 03:21 PM
Ayat mak dia pon.. "pls do not share on ig"
Awatnya kalau share?????? Tgk ayat tu pun betapa toksik  ...

yg ni aku faham sbb sometime org usaha pergi kelas utk belajar baking, dapat resipi, lepas tu olah semula. org bayar mahal utk belajar, kau senang2 nak share resipi. sorry, ini jawapan tak popular. mesti ramai yang kata murah rezeki kalau share2,blah  blah... takde..takde.. pape pun aku tak sebelahkan mak dia yang dok kaber kata anak dia baik... geng pembelit ni takleh percaya...
Quote tuntasha 9-1-2025 04:08 PM
Edited by tuntasha at 9-1-2025 04:10 PM

pie nya nampak kering.
maybe Zahni boleg tweak and lelama just guna own recipe.

or just get Australian Women's recipe book /  magazine- banyak recipe paling basic sedap and menjadi.

lepas tu buat disclaimer no longer MiL recipe.  

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051316 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top