Ketika ini kecoh mengenai rumah teres dua tingkat yang terletak di Bandar Saujana Putra (BSP), Jenjarom didakwa milik pelakon terkenal, Farid Kamil bakal dilelong pada 22 Januari ini. Ia berdasarkan iklan lelongan harta di akhbar, nama Farid Kamil Zahari tertera pada ruangan pemegang hak dipercayai milik suami pelakon, Diana Danielle itu. Kediaman seluas 1,760 kaki persegi itu bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000. BH Online cuba mendapatkan pelakon filem Bisikan Dosa itu, namun pelakon berusia 43 itu meminta menghubungi pengurusnya, Azahari Hamid. "Untuk kenyataan media mengenai isu berbangkit sila hubungi pengurus saya," jawabnya ringkas. Sementara itu, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo adalah individu bertanggungjawab menghadiahkan kediaman kepada Farid terkilan jika berita lelongan itu adalah benar.
David berkata, dia baru saja mengetahui mengenai berita lelongan itu selepas dihubungi media. "Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya. "Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu. "Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini. "Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong," katanya. Menurut David, difahamkan Farid tidak menginap di rumah berkenaan, sebaliknya menyewakannya kepada bekas pekerja. Katanya, dia membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG ketika itu. "Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan. "Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa. "Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya," katanya. Sumber – Harian Metro |
Shayang replied at 10-1-2025 01:51 PM
Umah ni dulu acik F cakap DD yg beli padahal DD bkn retis MIG
Yg beli sebenarny si FK
Selain FK, ND ...
miszclassique replied at 10-1-2025 01:55 PM
Yg artis tu bukan kata larikan kenderaan syarikat kerr, time tu si perempuan tu mmg tengah menduni ...
Shayang replied at 10-1-2025 01:51 PM
Umah ni dulu acik F cakap DD yg beli padahal DD bkn retis MIG
Yg beli sebenarny si FK
Artis bawah M ...
mawardia replied at 10-1-2025 08:05 PM
Hahahahaha i ols ingat
Kereta swift
Hahahaha
ADVERTISEMENT