JOHOR BAHRU: Kurang 60 saat seorang budak lelaki berusia lima tahun mampu menjawab kira-kira 10 soalan matematik dengan tepat tanpa menggunakan kalkulator. Itu keistimewaan Uwais Mohammad Zulqarnain yang bukan saja berjaya membuat pengiraan darab satu angka malah boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi. Ibu kanak-kanak berkenaan, Surya Syafiqah A Rahim, 32, berkata sejak berusia empat tahun, anak lelaki sulungnya daripada dua beradik dapat menguasai matematik secara berperingkat apabila boleh membuat pengiraan tambahan, tolak dan darab. Surya Syafiqah yang juga pengurus perolehan sebuah syarikat swasta berkata, Uwais juga boleh membuat pengiraan ratusan hingga trilion. Menurutnya, Uwais juga boleh membuat pengiraan kuasa dan punca kuasa. Tidak dinafikan kebolehan dan keistimewaan Uwais adalah hasil kesungguhannya dan suami, Mohammad Zulqarnain Alan Zamirza, 33, yang merupakan jurutera sentiasa berusaha memupuk minat anaknya dalam akademik. "Kami sentiasa mendedahkan permainan pengiraan kepada Uwais selain membawa Uwais ke kedai buku dan teman saya membaca. "Kami juga menghantarnya ke kelas membaca dan pertuturan di bandar raya ini. "Dia memang berminat untuk belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol dan Russia, dia belajar sendiri dengan mengakses sumber pembelajaran dalam talian dengan pemantauan saya dan suami. "Berbanding bermain permainan video di telefon bimbit, Uwais lebih gemar belajar sesuatu yang baharu," katanya. Sepatutnya Uwais mengikuti kelas matematik kanak-kanak lima tahun namun kini dia dimasukkan ke kelas kanak-kanak enam tahun. "Selalunya dia jawab satu soalan matematik untuk darab satu angka antara 3 hingga 5 saat. "Selalunya saya akan memberikannya 20 soalan, kemudian berehat sekejap, namun dia tidak pernah bosan sebaliknya mahu mencuba lebih banyak soalan," katanya. Uwais pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat sekolah termasuk murid cemerlang dan anugerah matematik. "Selain pendedahan kami lakukan, pemakanan Uwais juga banyak mempengaruhi kekuatan mindanya kerana dia gemar mengambil sayuran seperti brokoli, timun, lobak merah, tomato selain buah-buahan dalam menu harian. "Kami berharap perkembangan aritmetik anak semakin meningkat selain dapat meningkatkan penguasaan ilmu matematik dan bahasa," katanya ditemui di Taman Pulai, semalam. Sumber : Berita Harian |
white_musk replied at 10-1-2025 03:56 PM
bahasa nepal dan filipin tiada siapa mahu belajar,,,,
Triple_8 replied at 10-1-2025 03:47 PM
Selamat menabur bakti di luar negara. Paling dekat pun Temasik. Sini kita lebih perlukan bangla, roh ...
Samerosie replied at 10-1-2025 04:58 PM
"... boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi".
Apa reputz ni huruf sepanyol??? Ok russian dan ...
Skuau replied at 10-1-2025 08:43 AM
3+3....really??? What kind of school is this anyway???- Mary Adler.
Zeelalala replied at 11-1-2025 02:40 AM
haha last2 cikgu plak romen ngan bapak dia diam2, Nakharom betul citer tu
ADVERTISEMENT