CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda Jasmine dah biasa sendiri, lepas cerai dengan Que Haidar pun rasa biasa sahaja

12-1-2025 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21505| Komen: 20|Original author: Raline

 


Guru tari profesional, Linda Jasmine menjalani kehidupan seperti biasa tanpa sebarang perubahan selepas sah bercerai dengan Que Haidar pada tahun lalu.

Kata Linda atau Linda Jasmine Hashim, 52, dia sudah terbiasa hidup berdikari dan hubungannya dengan Que, 46, juga baik-baik sahaja.

"Sebelum saya kahwin dengan Que, pun, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja (selepas perceraian).

"Hubungan antara saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Sebab, kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah.


"Memang kami okay, tiada masalah macam itulah, okay saja. Tak ada gementar ke apa. Tak ada," katanya kepada mStar semasa ditemui di acara Nona Superwoman Awards 2024.

Pada 26 Oktober tahun lalu, Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.


Hasil perkahwinan pada 14 Februari 2009, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.

Ditanya mengenai pembabitan anaknya dalam industri seni, Linda berkata dia sebagai ibu akan memberikan sokongan penuh terhadap minat anak-anak.


“Saya sokong 100 peratus. Saya juga ada kongsi pengalaman dan juga beri nasihat kepada dia. Saya akan sentiasa berikan sokongan kepada dia (untuk masuk dalam industri).

“Saya nak masukkan dia ke kelas (berlakon, menyanyi), tetapi setakat ini kelas semua atas 16 tahun. Dia pun belum cecah 16 tahun lagi,” ujarnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 11-1-2025 09:34 AM
Bagus jawab lagu tu... Tak bukak ruang org mengata mengecam membuli dan sewaktu.
Anak2 pun x payah hadap drama.
Tahniah Cik Linda ya menjadi bijak.
Quote belilies 11-1-2025 09:49 AM
In a way sheols kata que tak banyak tolong pun membesarkan anak2. Mana que selamani sampai linda rasa terkial2 sorg?
Quote Piramida 11-1-2025 10:00 AM
belilies replied at 11-1-2025 09:49 AM
In a way sheols kata que tak banyak tolong pun membesarkan anak2. Mana que selamani sampai linda ras ...

Baca betul2.. Tulis situ she biasa uruskan anak lepas 1st cerai, before kawin dgn Q. So dah biasa.
Sepanjang nikah Q selalu je pun Q yg uruskan anak2.. Ni boleh nampak kat soc med masing2.

Bab financial no komen hahahhaaha tp idoklah Cik Linda canang.
Quote syamzana 11-1-2025 10:51 AM
bagus la aman damai je lepas cerai. kot bergasak skalipun takyah la canang2 malu anak2 dah la semua remaja.
Quote TomyamPuteh 11-1-2025 11:11 AM
Yg tgh tu nmpk lurah dendam ke? Q mungkin tak nak expose ank2 sgt tapi Linda pulak mcm try2 nk marketkan anak2. Mgkn sbb tu diorg dh tak ngam.Giteww aku buat wild speku
Quote nonymous 11-1-2025 11:15 AM
cerai secara baik memang boleh aman lepas cerai, no drama, anak tenang, ex pun tenang.
Quote Prickford 11-1-2025 11:16 AM
TomyamPuteh replied at 11-1-2025 03:11 AM
Yg tgh tu nmpk lurah dendam ke? Q mungkin tak nak expose ank2 sgt tapi Linda pulak mcm try2 nk marke ...

Speku iolls si Q tak larat nak follow lifestyle acik linda. Q kan awal2 mmg kampung dot com. Kawin linda tiba terus jadi barat siap sambut halloween. Bab financial spekuan iolls yg seterusnya.

Quote ezacbee 11-1-2025 12:55 PM
Agaknya berlaki ke tak sama je. Baik xyah berlaki gitu kot. Dah biasa.
Quote aina_shaira 11-1-2025 05:30 PM
Prickford replied at 11-1-2025 11:16 AM
Speku iolls si Q tak larat nak follow lifestyle acik linda. Q kan awal2 mmg kampung dot com. Kawin ...

Kan dari awal diorang mmg tak sekufu
Quote msdummy.2018 12-1-2025 04:58 PM
Dia ni lah paling tak disangka2 sgt..sb xdee angin xder ribut
Quote Incanto 12-1-2025 05:03 PM
make up Linda kat gambar atas tu cantik

nampak muda dari biasa
Quote pocongkiutss 12-1-2025 05:07 PM
TomyamPuteh replied at 11-1-2025 11:11 AM
Yg tgh tu nmpk lurah dendam ke? Q mungkin tak nak expose ank2 sgt tapi Linda pulak mcm try2 nk marke ...


Takde maknanya q taknak expose..yg rajin tayang anak kt insta pun q juga khen
Quote pocongkiutss 12-1-2025 05:09 PM
nonymous replied at 11-1-2025 11:15 AM
cerai secara baik memang boleh aman lepas cerai, no drama, anak tenang, ex pun tenang.

Kalau punca bukan dr org ketiga..bukan dr skandal2.. selalunya tenang2 je..ni yg selalu iols nmpk la
Quote doubleA 12-1-2025 08:42 PM
Mujur muka anak2 boleh carry nama ratu dan cleo
Quote hokeypokey 12-1-2025 11:46 PM
acik linda jangan makeup tebal macam nyonya bedak boleh tak?
Quote Glass_shoes 13-1-2025 12:02 AM
doubleA replied at 12-1-2025 08:42 PM
Mujur muka anak2 boleh carry nama ratu dan cleo

Tetiba teringat Rachel Esah
Quote Akalditipumata 13-1-2025 12:46 AM
Ni kot org ckp ade pun mcm tak ada.. baik xyah ada...hah gitu2 konsep achik Linda..
Quote SpyLeman 13-1-2025 02:06 AM
Glass_shoes replied at 13-1-2025 12:02 AM
Tetiba teringat Rachel Esah

Ko zalimmmmm....itu anak serba serbi dinamik.. sesuai la dgn nama.  Seiring dgn status ibu ayah
Quote tukul 13-1-2025 02:11 AM
SpyLeman replied at 13-1-2025 02:06 AM
Ko zalimmmmm....itu anak serba serbi dinamik.. sesuai la dgn nama.  Seiring dgn status ibu ayah; ...

Anak sapo nih

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044962 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top