CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Latih Si Manja Ke Tandas, Guna Tandas Sendiri

6-1-2016 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 4671| Komen: 10


Oleh Fyruz Hanna

Walaupun tiada had umur tertentu untuk mengajar anak menggunakan tandas. 'toilet training' merupakan pencapaian kanak-kanak yang terpenting dalam pengalaman hidup.

Seeloknya, anak yang sudak pandai bercakap eloklah dilatih menggunakan  tandas sendiri tanpa lampin.

Metod yang boleh digunakan:

1. Kenalkan anak dengan tandas.

2. Selalu bawa anak ke tandas. Tunjuk kepada mereka fungsi alatan dalam tandas.
3.Tukar dnegan menggunakan lampin kain, ia memberikan rasa kurang selesa dan bagus untuk pembelajaran anak-anak.
4. Ajar anak dengan perkataan mudah untuk kencing seperti "wiwi" "shishi atau "poo poo" untuk buang air besar.
5. sentiasa puji atau beri ganjaran pada anak yang sudah lulus tempoh percubaan.
6. Beli alat mesra tandas untuk si kecil.

Nampak mudah bukan, namun, ibu dan bapa harus sentiasa sabar kerana anak-anak tak mudah mempelajari sesuatu perkara yang baru. Setiap anak pula berbeza dari tahap perkembangan jadi jangan membandingkan pencapaian anak kita dengan anak orang lain. -CARI Infonet.
8

Bagus
20

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bunga_lestari 7-1-2016 10:12 AM
Edited by bunga_lestari at 7-1-2016 10:16 AM

aku start ajar anak ke tandas bermula dr umur 3 tahun lebih.. memang kena pantau selalu sebab masa seminggu pertama tu boleh dikatakan selalu tercicir laa.. time nak poo poo yak yak pulak, mesti dia nak pakai pampers..

tp masa ni memalam mmg aku pakaikan pampers lg utk dia sebab pernah cuba tak pakaikan, habih tilam..

sampailaa umur dia almost 4 years di rumah baru, aku berkeras tak beli pampers.. masa tu anak nak yak yak.. merata dia carik pampers dalam lemari, dalam bilik dia.. tapi aku cakap takder.. kesian memang kesian.. masa tu aku nak ajar dia guna toilet duduk tu.. rumah lama toilet mencangkung, dia takut..

agaknya tak tahan sangat, finally dia yak yak jugak atas lantai toilet (dia masih x berani nak duduk atas toilet duduk tu).. sejak tu aku perasan dia nak yak yak dia terus ke toilet n yak yak atas lantai, takperla, walaupun aku terpaksa kutip n flush dalam jamban pun.. nak buat cemana kan..

tapi seingat aku dalam seminggu dua je dia mcmtu sebab dalam masa sama aku ajar dia guna toilet duduk tu.. then aku perasan, dia dengan sendirinya duduk atas toilet tu n flush.. cuma nak basuh je dia panggil aku laa..

masa ni, malam2 memang aku ajar tak pakaikan pampers daa.. sebelum tidur kena kencing dulu.. Alhamdulillah sejak tu mudah keja aku.. sekarang, basuh yak2 sendiri pun dah pandai, cuma kena check jugakla risau tak bersih..
Quote khairulazuan 7-1-2016 11:58 AM
bagus..saya pun tgh  cuba ni,anak2 kmbar saya
Quote ninjago 8-1-2016 01:57 PM
azam aku sbg mak tuk 2016.. anak baru 2 tahun, tapi nak kasi dia familiar ngan toilet and start train sikit2 tuk wiwi + poopoo sendiri, malam kasi lagi pakai pampers la.. penah baca, buat sticker reward tuk dia.. amik 1 board, buat cam jadual, and everytime dia kencing or berak, letak 1 sticker kt hari tu.. praktikal and fun tuk umur2 dorg kot.. kalau nak bagi reward lain cam leceh je kalau dah sehari berpuluh kali wiwi + poopoo.. kalau boleh, avoid kasi reward jenis2 choc/sweets/whatever jajan
Quote ninjago 8-1-2016 01:58 PM
and.. sediakan toilet bowl khas yg cecomel.. or ada bentuk or binatang favorite dia ke.. nanti mesti dia x sabar2 nak guna..
Quote hunny_bunny 11-1-2016 10:34 AM
anak iols..umor 2 thn da xpakai pampers dan xkencing mlm..alhamdulillah..setiap anak2 ni cara mereka berbeza...

jgn paksa...dan sila tegas...utk mlm...iols beli tilam yg serap air kencing tuk train dia..naseb murah je rm50...

tp sebelum tido iols akan ajak dia kencing dulu..dan kalo mlm terjaga nak kencing..iols akan kejut dier skali walau dier kata xnak kencing...iols akan paksa dier ke toilet...

siang pula...kalo dier terlepas...iols akan denda dier....so bia dier disiplin..dan tau perbuatan dier tu salah...
Quote vasepecah 12-1-2016 04:57 PM
dua2 anak vase guna teknik sama ....

start umur 3 tahun, time cuti weekend mmg xpakaikan diorg diaper ..... setiap sejam bwk gi toilet suh shishi ...... sampai anak vase bebel 'pls laa ibu, td dah shishi asik suruh shishi aje' ..... kdg2 mmg ter'shishi' jugak kat ruang tamu ..... tapi lama2 dia pandai sendiri .....#

tq sgt2 pada kakak opis yg turunkan teknik ni kat vase .....
Quote bryantpl2 16-3-2016 03:10 PM
Cara efektif untuk melatih si manja ke tandas dan berdikari
Quote rakankotak 21-3-2016 02:21 PM
Edited by rakankotak at 21-3-2016 02:27 PM

nice..skrg dah ada foldable toilet bowl..buat dr kertas kitar semula...

#tshirtonline
#pssgm
Quote minah_kidal 28-3-2016 11:13 AM
minah is blessed anak potty trained herself. ari petama ada gkla few incident terbabas. tp ari kedua n so on ok da. berak kencing dlm tandas. tp ada la gak 2x terkencing atas tilam or bile tgh kusyuk tgk katon tahan2 pastu bila da tak tertahan die kencing je pastu lari2 jerit. but its ok. budak lg. bertabah jela.
Quote julia5094 28-3-2016 04:30 PM
anak2 kaka memang semua kaka latih dalam setahun setengah macam tu..so bila dah masuk 2 tahun, siang2 dah tak pakai pampers dah la. Tapi malam2 still pakai sampai umo 2 taun setengah macam tu. Ni anak yang setaun setengah, dah start ajar. Dah 2 minggu tak ajar pakai pampers bila siang. Tapi kat rumah je la. Tu pun jenuh lagi la nak ajar. Asyik tercicir je. Bila masuk tandas, lama bukan main dok kat dalam..tak mau2 jugak dia nak kencing. Lps kita letih tunggu, soh dia kluar. Tengok2 dah terkencing sudah...ha..ha...hujung minggu ni nak try lagi. Target umo 2 dah tak pakai pampers siang2...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032335 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top