CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedondon dengan Amira demi kerja – Fattah Amin

20-1-2025 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10617| Komen: 16|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-19 120659.png



Bagai direstu, kemunculan pelakon Fattah Amin yang sedondon dengan rakan gandingan, Amira Othman pada majlis Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, mendapat sorakan gemuruh.

Fattah atau nama lengkap Abd Fattah Mohd Amin, 34, berkata, mereka menggayakan persalinan senada rona gelap demi memenuhi kehendak klien, sekali gus enggan ambil serius tanggapan orang luar asalkan beri impak terhadap jenama diwakili.


“Ini adalah rezeki atas kepercayaan diberikan pihak syarikat seperti kerjasama kami sebelum ini. Macam yang saya pernah katakan, kita saling bantu membantu.

“Jakel ambil kami sebagai wajah mereka dan kami bantu mempromosi produk. Apabila mereka bersetuju menggandingkan saya bersama Amira, itu menunjukkan kepercayaan.

“Kalau perkara itu beri impak positif kepada pihak yang mengambil dan mempercayai kami, saya fikir tiada masalah untuk teruskan kerjasama kami berdua,” katanya selepas pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall di sini, semalam.

Terdahulu, nama Amira, 31, disebut sebagai wanita paling akrab dengan duda terhangat itu selepas penyanyi berkenaan mengundang Fattah tampil dalam video muzik single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin.


Fattah bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Amira pada Sabtu lalu menegaskan kerjasama dalam muzik video terbabit hanya gimik antara syarikat rakaman Sony Music Entertainment dengan pengurusan Fattah.

Pihaknya mengambil risiko bekerjasama dengan aktor tersebut sekali gus menerima semua komen dan kritikan sama ada negatif mahupun positif.

Sementara itu, kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 turut menampilkan lapan duta lain termasuk
Nabil Ahmad dan keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna bersama keluarga, Senariounion, Tiktoker Sallywho bersama suami serta Upin & Ipin.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamaterrer 19-1-2025 12:25 PM
Hahahahahha taste fattah bkn Gini,klu tak takkan Dulu boleh kawen ngn fazura Kan..
Quote pocongkiutss 19-1-2025 12:33 PM
Mmg bukan taste dia pun...tp dh dedua jd duta jakel ..memey la kena pakai sedondong khen
Quote Suci_Murni 19-1-2025 12:46 PM
Ok.. amira dah kena friendzone
Hahaha
Acik keledek bleh balik masuk q..
Quote _kelly 19-1-2025 02:13 PM
tak berduit ke nak gajikan hijab stylist..serabut serabai
Quote LadyCarefree 19-1-2025 02:15 PM
Cik Epal muka fake pun jadi duta jekel?

Takpelah Patah clearkan bahawa mereka kerja.

Sebaliknya Kemek is trying sooooo hard nak potray kpd semua bahawa dia dan saddick sedang bersulam cinta. Lidi pula pebambah rasa. Kemek siap jawab 'personal' bila ada yg tanya psl Dick. Padahal boleh jawab kami berkawan dan sama2 jadi duta primatebelek.
Quote Enola 19-1-2025 02:40 PM
Muka dat girl mcm wife wukong
Quote immortallez 19-1-2025 02:46 PM
Masalahnya ramai komen kat Tiktok merestui mereka berjodohan. Iols macam mengimbau zaman2 dia dengan Fazura berpakaian sedondon promosi drama HSC dulu. Jangan Amira yang syok sendiri sudahlah nyah. Dulu dia macam tak terkenal pun
Quote lazim 19-1-2025 03:27 PM
Tersakiti ya fans fake ni. Amira tubdr dulu sopan xde berita2 mnggelijang Pon. Sah2 xpnh diulek jantan. Lawo klu Belen Pon nk bangga apo
Quote green~tea 19-1-2025 03:45 PM
Bosan dah aku kulu kilir hype sgt mcm ke takde retis lain...

Tp ye lah.. maybe itu yang tengah trending. Semoga berbahagia dan cepat jodoh nya kamu berdua mira & pattah
Quote Hypothetically 19-1-2025 03:48 PM
Sukati dia, dia bukan suami org, lagi pun hanya kerjasama buat marketing,  kerja jadi duta, bukan buat maksiat atau khalwat kat tempat awam, itupun kecoh,  marketing je pun, tak pijak periuk nasi org lain pun, dn ada ke berlaku zalim pada org lain??
Quote Hypothetically 19-1-2025 03:59 PM
Edited by Hypothetically at 19-1-2025 04:05 PM
lazim replied at 19-1-2025 03:27 PM
Tersakiti ya fans fake ni. Amira tubdr dulu sopan xde berita2 mnggelijang Pon. Sah2 xpnh diulek jant ...


Dua2 pun professional kerjasama sbb jadi duta jakel,  itupun kecoh, couple ke bukan at the end of this they are being paid, pandailah mereka bawa diri.
Quote sharlenetexas 19-1-2025 04:11 PM
All the best.
Have fun.


Quote MatDeghem 19-1-2025 04:35 PM
kan...ini budak biasha biasha je mana Attah mahu. Dia nak yang top top meletop.



PS: amira nya body ada sikit keledek lah eh
Quote katnissE 19-1-2025 04:35 PM

Duda ni taste dia yang ngetop je. Yang masuk list hot stuff.
Yang nampak baik cam kak Ya ni bukan taste dia.
Quote cmf_shya 19-1-2025 04:38 PM
katnissE replied at 19-1-2025 04:35 PM
Duda ni taste dia yang ngetop je. Yang masuk list hot stuff.
Yang nampak baik cam kak Ya ni bukan t ...

kita tunggu masuk set ngn dak peah..hot stuff..gebu n mantop..nak tgk terlentok x abedul
Quote Hypothetically 19-1-2025 05:09 PM
Sukati ko lah nak pilih sapa fattah, yr life yr choice,   reverse pychology dah basi. Hidup dia hak dia, all the best fattah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.097702 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top