Pelakon Adam Lee mengakui kecewa apabila terpaksa melepaskan beberapa tawaran lakonan susulan kecederaan pada bahagian saraf leher yang dialaminya pada bulan Disember lalu. Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, berkata, dia mengalami hentakan kuat pada bahagian leher semasa sesi latihan bagi sebuah babak lagak ngeri sehingga menyebabkan kepalanya tidak boleh bergerak. “Leher saya tidak patah atau retak, cuma saraf pada bahagian itu ‘lari’ sedikit. Sebenarnya saya mahu keluar daripada zon selesa dengan melakukan babak aksi sendiri tetapi tidak sangka pula baru sesi latihan sudah cedera. “Ketika itu memang rasa sangat sakit dan kepala tidak boleh bergerak dan tangan pula kebas.
|
PULANGKAN replied at 23-1-2025 10:43 AM
sebulan diet, memang nampak slim la heols
stania83 replied at 23-1-2025 11:48 AM
Ensem boleh jadi pelakon Korea dah la tinggi 180 cm
ADVERTISEMENT