MARANG – Misteri rumah didiami seorang wanita di Kampung Padang Tanjung di sini, yang berkunci dan dalam keadaan gelap sejak beberapa hari lalu terungkai berikutan penemuan mayat hampir reput dalam rumah berkenaan, malam semalam. Rohana Abdullah, 43, yang juga pesakit mental ditemui abangnya, Zulkifli, 53, dalam keadaan terlentang di atas tangga di bahagian dapur rumah. Sebelum menemui mayat mangsa, Zulkifli menerima panggilan kira-kira jam 7.30 malam daripada sepupunya yang khuatir mengenai keselamatan mangsa kerana sudah lama tidak kelihatan, malah rumahnya berkunci seperti tiada orang. “Saya kemudian ke rumah mangsa pada jam 11.30 malam dan mendapati rumah gelap dan tingkap serta pintu rumah berkunci. "Saya mencungkil pintu hadapan untuk masuk ke dalam rumah,” katanya yang tinggal di Ajil. Menurutnya, selepas berjaya memasuki rumah berkenaan, dia membuat pemeriksaan sebelum menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa. "Saya segera membuat laporan polis mengenai kejadian ini dan berdasarkan keadaan mayat adik bongsu yang sudah mula mereput, kemungkinan dia yang masih bujang meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu," katanya kepada Sinar Harian. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita terbabit dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.
|
5
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
11
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT