Hampir dua tahun kembali rujuk, pelakon Linda Hashim memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga aktor Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.
Peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin memberitahu Linda atau atau Norhazlinda Hashim, 41, memfailkan cerai terhadap aktor tersebut di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1986 atas alasan sudah tiada persefahaman. "Linda failkan penceraian ini pada awal Januari lalu disebabkan sudah tiada persefahaman," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Fadzilah memaklumkan kes itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis. Berkongsi lanjut, Fadzilah berkata, Linda dan Beego sudah tidak tinggal bersama sejak nekad dengan keputusan untuk bercerai. "Saya dimaklumkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung. Saya pun tidak tahu kalau mereka ada bertemu atau tidak dalam masa terdekat ini.
"Selebihnya saya rasa lebih baik bertanya kepada Linda sendiri di mahkamah nanti," ujarnya. Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak. Ia berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023. Untuk rekod, Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. Sumber- mStar
|
Shayang replied at 5-2-2025 06:57 PM
Takziah ternyata rujuk bukan untuk semua orang, ramai juga artis bercerai setelah rujuk
Aku ni masi ...
phalanx replied at 5-2-2025 07:23 PM
memang betul kan. hadis pun banyak bab ain ni.
so kita jgn show off selalu kat socmed psal diri d ...
amyfaha replied at 5-2-2025 08:05 PM
Patut nampak beego jual perabot skrg. Soo B40 lookk. Cam bangla pun hadooo
Shayang replied at 5-2-2025 06:57 PM
Takziah ternyata rujuk bukan untuk semua orang, ramai juga artis bercerai setelah rujuk
Aku ni masi ...
ADVERTISEMENT