Baru hampir setahun berkahwin, wanita ini sudah makan hati berulam jantung.
Mana tidaknya, sepanjang tempoh perkahwinan, banyak insiden menyakitkan hati berlaku melibatkan bekas isteri suami.
Membuat luahan di laman sosial, wanita itu berkata emosinya terkesan gara-gara bekas isteri kepada suami begitu rapat dengan keluarga mentua.
"Normal ke bekas isteri kepada suami masih datang majlis famili suami hanya disebabkan dia rapat dengan mentua saya?
"Tidak, saya bukan penyondol. Saya kenal suami hanya selepas mereka bercerai dan kami berkahwin selepas enam tahun mereka bercerai," katanya, menegaskan dia bukan punca perpisahan.
Menurut wanita itu, mentua sememangnya melayan dirinya dengan baik tetapi dia tidak selesa dengan kehadiran bekas isteri kepada suami.
Berdasarkan pemerhatiannya, dia menganggap bekas isteri suami cuba mengambil kesempatan atas keakraban hubungan dengan mentua dan menunjuk-nunjuk bahawa dirinya paling layak menjadi menantu.
"Dia trying too hard untuk masuk dalam gambar keluarga, tag mentua untuk tunjuk kat saya. Saya selalu mengalah sebab tak suka drama.
"Kadang-kadang tak ada gambar dengan famili mentua pun sebagai kenangan. Dah la baru kahwin, bukan selalu jumpa mereka pun tapi bila ada kesempatan, bekas isterinya ada kat situ dengan mentua. Saya duduk je la dengan suami dan geng lelaki semua," ujarnya.
Tambahnya lagi, dia cuba untuk berbaik dengan wanita itu tetapi mendakwa aura negatif dirinya sangat kuat dan seakan-akan tidak ikhlas apabila berjumpa.
"Masa pertama kali jumpa di majlis kahwin adik ipar, dia ada hulur tangan untuk salam tapi dia langsung tak pandang muka dan tarik tangan dia cepat-cepat dan terus balik. Saya percaya ibu mentua yang suruh dia salam, sebab tu nampak tak ikhlas," katanya.
Walaupun akur dengan tindakan mentua yang masih menjemput bekas menantu ke majlis mereka, apa yang dipertikaikan adalah wanita itu tidak menghormati dirinya.
"Saya faham je mentua masih jemput dia, tapi kalau saya jadi dia, saya hanya datang sebelum atau selepas majlis sebab bekas suami dia dah kahwin, ada isteri dah kan.
"Tak ada common sense ke? Saya fikir seseorang yang berusia 10 tahun lebih tua daripada saya boleh tunjuk kematangan. Tapi umur tak mencerminkan kematangan pun.
"Jujurnya, saya penat menangis dan selalu mengadu pada Allah. Dah hampir setahun kahwin, tapi banyak sangat makan hati," tambahnya.
Menurut wanita itu, keadaan yang berlarutan itu membuatkan dirinya banyak memendam rasa sehingga ke tahap menghadiri sesi kaunseling pada akhir tahun lalu.
"Selalu terfikir sampai bila keadaan akan macam ni? Macam mana nanti bila dah hamil dan ada anak sendiri? Akan berterusan makan hati macam ni ke?
"Bila jenis lemah-lembut, malas layan drama manusia, dipijak pula. Rasanya kalau orang lain, mesti dah bergaduh besar," katanya lagi yang buntu dengan situasi dihadapinya itu.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|