Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini, bagi penyakit terbabit. Jelasnya, lelaki terbabit juga masih mendapat rawatan di sebuah klinik dan pernah menerima rawatan penyakit mental di Hospital Permai, Johor Bahru pada 2020 dan 2021. "Pada jam 8.20 malam Khamis, polis menerima laporan berhubung kejadian itu. Kenderaan terbabit berjaya dihentikan anggota polis kira-kira 10 minit kemudian. "Tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan berlaku. Siasatan dilakukan mendapati kereta Axia yang dipandu itu milik abang kepada lelaki terbabit," katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Bahrin memaklumkan, pihak keluarga dinasihatkan tidak membenarkan lelaki terbabit keluar rumah tanpa ahli keluarga selain dilarang memandu kenderaan. Sebelum ini, seorang pemandu Perodua Axia dikatakan memandu mengelilingi Bulatan Mahkota di Kluang, beratus kali bermula dari pagi hingga malam. Menerusi video tular berdurasi 57 saat itu, jelas memaparkan kereta terbabit membuat pusing sambil menyalakan isyarat 'double signal' atau lampu isyarat
|
imransulaiman replied at 15-2-2025 06:03 PM
Keluarga tak datang menolong ke?
Jimat juga Axia ni ye...minyak tak habis dari pagi sampai ke malam ...
bebulu replied at 15-2-2025 05:58 PM
Dah kalau berpusing dari pagi sampai ke malam, idak ke rasa lapar atau nak ke tandas.
Kesian nya. A ...
Belibis replied at 15-2-2025 12:43 PM
Persoalannya..siapa yang terpaling free ada masa kira axia tu berpusing2?
ADVERTISEMENT