CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Minta maaf tak ada adab, patut panggil Puan bukan makcik-Rita Rudaini tak puas hati dengan Imran Bard

23-2-2025 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20288| Komen: 43|Original author: Raline

rt.PNG


Ketika isu pelakon Ellie Suriaty dan Imran Bard hangat diperkatakan, aktres Rita Rudaini menganggap pempengaruh itu tiada adab ketika membuat permohonan maaf.

Malah kata Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, penggunaan perkataan 'Makcik' sebagai pengganti nama Ellie turut dianggap tidak sopan.

“Dia (Ellie) bukan makcik awak (Imran), lebih sopan kalau gunakan Puan, cara minta maaf pun tiada adab,” katanya.

Dalam pada itu, Rita menjelaskan dia faham maksud tersirat Ellie apabila aktres itu meminta ibu bapa Imran datang berjumpa dan meminta maaf kepadanya.

rt 1.PNG


Rita berpendapat hanya mereka yang bijak akan memahami maksud di sebalik permintaan Ellie itu.

“'Saya nak mak ayah Imran datang minta maaf', hanya yang bijak sahaja akan faham maksud tersirat Ellie,” katanya.

Sementara itu, tegas Rita, Ellie juga tidak memerlukan bantuan seorang pempengaruh menaikkan popularitinya kerana nama pelakon itu sudah gah dalam industri seni.


Malah kata Rita, pelakon sepertinya dan Ellie dikenali ketika zaman media sosial tidak berkembang pesat seperti hari ini.


“Ellie tak perlu influencer naikkan nama dia, nama Ellie dalam industri sangat besar.

“Cuma zaman kami semua naik dahulu belum ada media sosial,” jelasnya.

Malah Rita sempat menitipkan pesanan agar seorang manusia itu jangan rasa diri terlalu hebat walaupun mempunyai wang mahupun pendidikan tinggi.

Sebaliknya seseorang itu perlu menitikberatkan soal adab dalam kehidupan.

“Kaya dan belajar tinggi macam mana pun kita tapi kalau adab itu tiada, jangan rasa diri itu hebat,” ujarnya.

Pada Khamis, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap mencemarkan namanya.


Justeru itu, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya untuk memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.

Imran tampil memberi respons dengan memberitahu ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf dan bersikap acuh tidak acuh dalam video dihasilkan di TikTok miliknya.


Bagaimanapun, pelakon itu tegas dengan pendiriannya dan sanggup datang ke hospital untuk berjumpa dengan ibu kepada Imran.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-2-2025 09:09 PM
engkau sistur dengan bekas suami pun engkau tak puas hati dan tak ada adab lepastu sibuk dengan ponen majapahit tu

acik bandi suriati ni tak nak ke saman jejan yang panggil sheols bandi amuk dulu sekali?
Quote keretapilaju 23-2-2025 09:18 PM
Better bandi amuk drpd dikatakan kacip..
Hal rita yg dulu lantak dia la.. tp apa yg dia cakap ni betul la.. aku pun meluat kat imranbart ni.. rasa diri dah hebat sgt kot sebab ramai yg backup.. memang biadap pun
Quote Piramida 23-2-2025 09:19 PM
Kena jadi makcik kita ke baru boleh panggil org makcik?
Btw OK aja kalau org dah berumur kita panggil makcik...
Tapi nyooo ore pompuan kita senang sentap kalau kena panggil makcik hehehheehe
Quote freesia71 23-2-2025 09:21 PM
Si Ib ni upload lagi dok menganjing makcik2 fb la pulak. Serius kurang ajar betul dia ni.
Quote doubleA 23-2-2025 09:27 PM
Betul la apa ritrud cakap. Si bad tu memang biadap. Biar rupa hodoh tapi beradab
Quote DeLuna85 23-2-2025 09:27 PM
Ramai juga yg sapot sotong ni. Dasar bodoh konten pun bodoh lah.
Quote zuriey 23-2-2025 09:32 PM
2x5 mulut ko pun minta di kaki je
Quote September14 23-2-2025 09:36 PM
dudaberhias replied at 23-2-2025 09:09 PM
engkau sistur dengan bekas suami pun engkau tak puas hati dan tak ada adab lepastu sibuk dengan pone ...

Mngkin dia x kesah sgt lawak bandi amok banding ckp dia kacip… boleh mngundang persepsi negative jgk gitoohhhh
Quote sharlenetexas 23-2-2025 09:36 PM
Dah budak tu kurang ajar. Terkait dgn mak bapak. Tak jaga anak elok2.


Quote genUmi 23-2-2025 09:55 PM
IB tu adalah cerminan kebayakan budak sekarang
Quote sarah_ary2 23-2-2025 10:09 PM
masalahnya imran bard tue pun layak dipanggil pakcik chuolssss sebab muka pun x nampak muda mana boleh x aiols bela ES sebab sheols nampak gorgeous dr biasa masa sidang akhbar tue
Quote Dodod 24-2-2025 06:07 AM
genUmi replied at 23-2-2025 09:55 PM
IB tu adalah cerminan kebayakan budak sekarang

Setuju..budak2 skrg kurang beradab..
Quote abadi84 24-2-2025 06:08 AM
Menceceh jer nenek ni x sudah
Lupa dia bahasakan bapa mertua dia apa ehh??
Quote IzzahF 24-2-2025 06:49 AM
budak ni mmg kurang ajar, yg hal rita tu lantak la mmg she gaduh sbb ada la jugak kaitannya, penah tidur sebantal. yg mangkuk ponen ni tak semena2 tetiba ko petik nama org dah kenapa? org tu selisih pun pun tak penah dgn ko
Quote A-Are 24-2-2025 07:50 AM
Imran bard punya video banyak je reveal ugly truth dalam masyarakat kita...cuma tula, kena la beradab juga diluar..kalau masa content org pahamla juga...kalau diluar pon reaksi sama mcm content maknanya mmg xberadab la...
Quote KirazMevsimi 24-2-2025 08:00 AM
makin meleret leret ye bidio balas membalas si meran ni buat. nampak nau melawan
Quote sideqsegaraga 24-2-2025 08:05 AM
Sokong jer apa yang Rita cakap. Minta maaf tak nampak ikhlas, panggilan 'makcik' tu macam menyindir. Panggilan makcik tu tak salah, tapi bunyi kau panggil makcik tu macam menganjing.

Anak tu cerminan ibu bapa. Sebab tu nak kena jaga-jaga apa yang anak kita buat. Kena pantau. Bukan tutup mata sebab dapat banyak duit.
Quote bioessence 24-2-2025 08:15 AM
Ish cantik slim lagi cuma mata tu nampak kedut. Cer Tanya puan sri normala Samsudin kat mana dia buat brow lift dan droopy eye lid tu
Quote DukunSentet 24-2-2025 08:20 AM
Walau ai tak suka ritarud tapi ai pon satu ship dengan sheol.. IB mmg tak patut menormalisasikan penggunaan nama individu yang yang ada nama untuk buat konten yang tak beradap..lainlah kalau konten berilmiah.. Dan cara IB minta maaf pon sangatlah tak ikhlas dan boleh nampak mcm menganjing ja.. So tak patut untuk anak2 muda pempengaruh like him acah2 lawak ngan konten tersebut.. Sorry mmg turn off dengan IB walau mmg always turn off dengan ES..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037297 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top