CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patutlah berebut nak jadi influencer, baring atas katil pun dapat RM194,000 sehari

25-2-2025 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30977| Komen: 7|Original author: Raline

pp.PNG


Beijing: Seorang pempengaruh dalam talian di China yang berbangga kerana memperoleh 300,000 yuan (RM194,000) sehari hanya dengan berbaring di katil dan kemudiannya menyebutnya sebagai "wang diperoleh dengan susah payah", mencetuskan kemarahan netizen.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pempengaruh dikenali dengan nama samaran Gu Xixi, yang mempunyai hampir lima juta pengikut di sebuah platform media sosial utama, baru-baru ini mendedahkan pendapatannya semasa siaran langsung.

Antara 8 hingga 16 Februari, jualannya di satu platform siaran langsung utama mencecah 10.39 juta yuan (RM6.7 juta), dengan komisen dianggarkan sebanyak 2.79 juta yuan (RM1.8 juta).

Di platform siaran langsung yang lain, jualannya berjumlah 8.94 juta yuan (RM5.8 juta) dalam tempoh tujuh hari lalu.

"Pada hari ini, saya habiskan seluruh hari hanya berbaring di katil, tidak buat apa-apa, dan masih berjaya membuat jualan 1.16 juta yuan (kira-kira RM749,360) di kedai Douyin saya, dengan komisen dianggarkan 303,200 yuan (RM196,000).

"Lagi banyak anda geram melihat saya berjaya dan lagi banyak anda mengkritik saya, semakin banyak saya dapat. Bukan hanya mengenai memperoleh ratusan ribu yuan sebulan, tetapi mengenai memperoleh ratusan ribu yuan setiap hari! Faham?," katanya.

Gu Xixi, yang dilahirkan pada tahun 1998 di Nantong, wilayah Jiangsu, selatan China, adalah seorang selebriti internet kontroversi yang terkenal dengan aksi pelik, seperti menelan bola ping pong.

Sebelum ini, akaunnya digantung beberapa kali kerana memaparkan "kandungan lucah".

Ini bukan kali pertama dia menghebahkan kekayaannya.

November lalu, dia berkata bahawa merancang untuk membeli sebuah vila seluas 2,000 meter persegi di Nantong, dengan anggaran kos melebihi 20 juta yuan (RM12.9 juta).

Di tengah-tengah kemarahan dalam talian, Gu mengubah kenyataannya semasa sesi siaran langsung pada 17 Februari, mendakwa bahawa semua pendapatannya adalah "wang yang diperoleh dengan susah payah," sambil mengatakan bahawa komentarnya itu bertujuan untuk mencabar mereka yang membencinya.

"Anda tahu kenapa saya tidak kerap berkongsi prestasi jualan saya sekarang? Setiap kali saya lakukan, pasti ada masalah, kan? Ia menyebabkan masalah, kan? Kali ini ia menjadi tajuk utama, kan? Itulah sebabnya pempengaruh suka berpura-pura miskin," katanya.

"Kami tidak mencuri, kami tidak merompak. Semua wang yang kami peroleh adalah wang yang susah payah. Apabila saya kata saya tidak buat apa-apa seharian, itu bertujuan untuk mencabar orang. Adakah anda fikir saya boleh betul-betul tidak buat apa-apa sepanjang hari? Saya kata begitu hanya untuk mengganggu pembenci saya."

Namun, kenyataannya itu gagal meredakan kemarahan orang ramai.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 25-2-2025 09:16 PM
Sbb konten lucah ka?
Quote seri_mawr 26-2-2025 09:42 AM
x faham mcm mana konsep influencer ni boleh bnyk duit..?
dari iklan ke..? atau dr konten bila bnyk org tgk dapat pulangan..?
ke dr komen2...lg bnyk komen lagi byk dapat duit..?
Quote plywood 26-2-2025 11:14 AM
seri_mawr replied at 26-2-2025 09:42 AM
x faham mcm mana konsep influencer ni boleh bnyk duit..?
dari iklan ke..? atau dr konten bila bnyk o ...

betullah tu .. iklan, konten, viewer, komen.. biasa mcm tulah untuk youtube fb insta tiktok.. ada juga yang tolong iklankan barang orang, dpatlah komisen setiap kali orang klik link... klu bigo influencer tayang diri kerja dia, ada jumlah masa dan minta2 gift, ada kuota yang perlu capai.. perempuan cantik hot sexy jer lah modal dia atau nyanyi2, buat topik sensasi supaya berbual2 dengan viewer etc... kerjaya spt ini susah boleh bertahan lama dan tak ada jaminan jika tak ada konten sepanjang masa... tu orang sangup buat apa sahaja untuk dpt viral
Quote B40tastePosh 26-2-2025 11:22 AM
Yang komplen marah2 tu atuk nenek mak ayah warga China yang kerja macam nak mati membesarkan anak2 mereka.

Yang support influencer tu anak2 mereka.
Quote seri_mawr 26-2-2025 12:10 PM
plywood replied at 26-2-2025 11:14 AM
betullah tu .. iklan, konten, viewer, komen.. biasa mcm tulah untuk youtube fb insta tiktok.. ada  ...

oh...itu yang sanggup buang adab...buang malu....
janji akaun bank masuk duit....


Quote AkokKocik 26-2-2025 01:20 PM
Dari atas sampai bawah aku baca tp xjumpa, dia kata jualan saya...dia jual apa?
Quote Donatella 26-2-2025 02:35 PM
Edited by Donatella at 26-2-2025 02:38 PM

In a live broadcast on February 17, Gu explained that he had not actually done anything and that his statement was intended to challenge his critics.crossy road[/COLOR][/SIZE]

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040147 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.