CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12338|Reply: 1

[Dunia] Patutlah berebut nak jadi influencer, baring atas katil pun dapat RM194,000 sehari

[Copy link]
Post time 25-2-2025 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 25-2-2025 05:28 PM



Beijing: Seorang pempengaruh dalam talian di China yang berbangga kerana memperoleh 300,000 yuan (RM194,000) sehari hanya dengan berbaring di katil dan kemudiannya menyebutnya sebagai "wang diperoleh dengan susah payah", mencetuskan kemarahan netizen.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pempengaruh dikenali dengan nama samaran Gu Xixi, yang mempunyai hampir lima juta pengikut di sebuah platform media sosial utama, baru-baru ini mendedahkan pendapatannya semasa siaran langsung.

Antara 8 hingga 16 Februari, jualannya di satu platform siaran langsung utama mencecah 10.39 juta yuan (RM6.7 juta), dengan komisen dianggarkan sebanyak 2.79 juta yuan (RM1.8 juta).

Di platform siaran langsung yang lain, jualannya berjumlah 8.94 juta yuan (RM5.8 juta) dalam tempoh tujuh hari lalu.

"Pada hari ini, saya habiskan seluruh hari hanya berbaring di katil, tidak buat apa-apa, dan masih berjaya membuat jualan 1.16 juta yuan (kira-kira RM749,360) di kedai Douyin saya, dengan komisen dianggarkan 303,200 yuan (RM196,000).

"Lagi banyak anda geram melihat saya berjaya dan lagi banyak anda mengkritik saya, semakin banyak saya dapat. Bukan hanya mengenai memperoleh ratusan ribu yuan sebulan, tetapi mengenai memperoleh ratusan ribu yuan setiap hari! Faham?," katanya.

Gu Xixi, yang dilahirkan pada tahun 1998 di Nantong, wilayah Jiangsu, selatan China, adalah seorang selebriti internet kontroversi yang terkenal dengan aksi pelik, seperti menelan bola ping pong.

Sebelum ini, akaunnya digantung beberapa kali kerana memaparkan "kandungan lucah".

Ini bukan kali pertama dia menghebahkan kekayaannya.

November lalu, dia berkata bahawa merancang untuk membeli sebuah vila seluas 2,000 meter persegi di Nantong, dengan anggaran kos melebihi 20 juta yuan (RM12.9 juta).

Di tengah-tengah kemarahan dalam talian, Gu mengubah kenyataannya semasa sesi siaran langsung pada 17 Februari, mendakwa bahawa semua pendapatannya adalah "wang yang diperoleh dengan susah payah," sambil mengatakan bahawa komentarnya itu bertujuan untuk mencabar mereka yang membencinya.

"Anda tahu kenapa saya tidak kerap berkongsi prestasi jualan saya sekarang? Setiap kali saya lakukan, pasti ada masalah, kan? Ia menyebabkan masalah, kan? Kali ini ia menjadi tajuk utama, kan? Itulah sebabnya pempengaruh suka berpura-pura miskin," katanya.

"Kami tidak mencuri, kami tidak merompak. Semua wang yang kami peroleh adalah wang yang susah payah. Apabila saya kata saya tidak buat apa-apa seharian, itu bertujuan untuk mencabar orang. Adakah anda fikir saya boleh betul-betul tidak buat apa-apa sepanjang hari? Saya kata begitu hanya untuk mengganggu pembenci saya."

Namun, kenyataannya itu gagal meredakan kemarahan orang ramai.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb konten lucah ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.923808 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list