Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kemudiannya berkata tindakan Ammar serta rakan-rakan untuk memuat naik kandungan palsu adalah tindakan kurang bijak kerana telah menimbulkan kegusaran orang ramai. “For you to say Arasz is cerdik untuk buat konten hilang, minta maaf bro I have to disagree that. “Sebab nak buat orang hilang will make people worry. It’s not a cerdik idea bro, it’s very stupid idea to get a talent to hilang secara umum,” ujar Caprice kepada Ammar. Selain itu, Caprice turut bertanyakan adakah kemunculan pihak polis dan askar Indonesia yang berada dalam penstriman langsung ketika ‘kehilangan’ Eyka itu dibayar oleh produksi. Justeru, Ammar Nazhan mendakwa, ketika rakaman dilakukan, pihak polis dan askar Indonesia yang berada dalam penstriman langsung tersebut adalah ‘gimik’ semata-mata namun tidak menerima sebarang bayaran. “Yang itu (kemunculan polis dan askar) dia memang dah tahu tentang rakaman dan mereka cuma berlakon. Maksudnya mereka sudsh tahu itu adalah gimik. Cuma memang tidak dibayar atau apa-apa. “Saya tanya Arasz, macam mana boleh yakinkan polis dan askar untuk berlakon, kalau nak tahu di sana memang banyak aktiviti paranormal lain sedang berlaku. Jadi polis dan askar ni memang ada di kawasan itu untuk pantau,” dakwanya.
|
prince_marhaen replied at 26-2-2025 10:26 AM
muka busuk kepam macam musibat ni pun ramai yang dok support & follow, siap dok berkubang serumah bu ...
ADVERTISEMENT