Oleh Adib Za
(sumber foto: Mawardiyunus) Petang-petang antara menu yang tak pernah bosan dicuba ialah pisang goreng panas dengan kicap cili. Jika di Johor ia semestinya bukan asing lagi, namun kini turut mula diterima di negeri-negeri lain. Jom cuba resipi mudah ini! Bahan-bahan: 2 biji pisang tanduk atau pisang apa saja yang sesuai 1/4 cawan tepung gandum 2 sudu minyak panas secubit garam sedikit kunyit air secukupnya
secukupnya minyak untuk menggoreng Cara-caranya: 1. Potong pisang ikut kreativiti sendiri nak panjang pendek nipis or tebal. 2. Masuk tepung, garam, kunyit dan air, bancuhlah agak sedang-sedang pekat. 3. Semasa membuat bancuhan tepung salut ni, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. 4. Bila minyak dah panas, ambil agak-agak 2 sudu besar dan masukkan dalam bancuhan tepung. 5. Kacau rata, tujuan nya kita masukkan minyak adalah untuk merangupkan goreng pisang. 6. Masukkan hirisan pisang dalam tepung dan gorenglah sehingga kekuningan . 7. Untuk membuat sambal kicap tumbuklah beberapa biji cili padi merah dan hijau, campurkan dengan kicap manis secukupnya. - CARI Infonet Sumber resipi: Blog Nooriahnaim (Sumber foto: Melissathegreat)
|
13
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
7
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT