KUALA LUMPUR - Seramai 2,170 pendatang asing tanpa izin dan 25 majikan ditangkap agensi penguatkuasaan menerusi 330 operasi di seluruh negara pada Mei dan Jun lepas. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata operasi dari 23 Mei hingga 17 Jun itu memeriksa 7,032 pendatang asing sebagai langkah membendung kebanjiran mereka. Katanya, usaha mengekang kemasukan beramai-ramai pendatang haram bukan hanya terletak pada KDN sahaja kerana semua agensi lain dan masyarakat turut bertanggungjawab. "Tidak dinafikan rakyat kita juga ada memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk terus berada di negara kita demi kepentingan peribadi. "Diharapkan semua pihak perlu lebih peka dengan keadaan ini dan tidak berkompromi dengan mana-mana pendatang tanpa izin," katanya menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) pada sesi soal-jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Che Mohamad ingin tahu langkah kerajaan untuk membendung masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang menimbulkan kerisauan rakyat tempatan. Selain itu, Wan Junaidi berkata pelbagai langkah dijalankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) secara bersepadu dengan semua agensi penguatkuasaan, termasuk untuk menjaga kestabilan sosial negara. Antaranya memperketat kawalan pintu masuk laut dan darat, membuat naziran ke atas premis yang menggaji pendatang asing dan mengadakan hubungan lebih rapat dengan pelbagai kedutaan, kata Wan Junaidi. Katanya, KDN juga merancang membina lebih banyak depoh untuk menampung lebih ramai pendatang asing tanpa izin di bawah Program 6P sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal. Program 6P merujuk kepada program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin.
|
10
Bagus |
8
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Katanya, KDN juga merancang membina lebih banyak depoh untuk menampung lebih ramai pendatang asing tanpa izin di bawah Program 6P sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.
Al-Patih posted on 9-7-2013 03:37 PM
kata 2170 Pati dalam 2 bulan ...kalau sepanjang tahun ...entah berapa banyak ..patutlah cakap na ...
the_killer posted on 9-7-2013 03:39 PM
indon tangkap..dtg balik....sumatera tu dekat je...kalimantan pon dekat je ke sabah dan sarawak
...
cikatilia posted on 9-7-2013 03:40 PM
2000 sebulan.. dah 2000 sebulan masih bertambah2 yang datang
nampak bebeno mudah nak masuk ke sini. ...
ADVERTISEMENT