CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli slot temujanji PUSPAKOM RM3.50, runner jual semula hingga RM750

17-3-2025 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8789| Komen: 8

 
Beli slot temujanji PUSPAKOM RM3.50, runner jual semula hingga RM750


 

SHAH ALAM: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mendedahkan, ada orang tengah atau 'runner' mengaut keuntungan hampir RM750 bagi jualan slot tempahan janji temu berganda di premis tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, berkata antara taktik digunakan adalah menggunakan nombor casis sama tetapi nombor pendaftaran kenderaan adalah berbeza untuk slot tempahan yang banyak.

"Satu slot janji temu hanya berharga RM3.50 namun ada yang menjual sehingga RM750.

"Siasatan masih dilakukan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kita sedang teliti, siapa dan mengapa melakukannya dan kita akan panggil (runner terlibat)," katanya pada sesi taklimat susulan tinjauan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli ke PUSPAKOM Shah Alam, hari ini.


Sebelum ini, media melaporkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dipetik berkata, PUSPAKOM tidak akan membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda selepas ini bagi nombor pendaftaran yang sama susulan mengesan penjualan slot oleh orang tengah kepada pihak lain dengan harga lebih tinggi.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh orang tengah yang didapati menjual slot pemeriksaan kepada pihak lain untuk keuntungan berlebihan

Aedy Fadly menegaskan, pihaknya sedang mendapatkan bantuan agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimana tindakan boleh diambil kepada runner yang terlibat itu.

"Kita cuba dapatkan runner tersebut, tetapi buat masa sekarang semua saluran kita ada, tidak dapat hubungi. Jadi kita dapatkan kaedah lain untuk dapatkan runner tersebut," katanya.

Sumber: BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 17-3-2025 06:24 PM
Ko dah knp..nak buat slot temujanji nak kena byr itu ini...
Same goes to kerja kosong kat Univ awam kat mesia ni...kalau dah tahu x capable nak buat urusan human resources itu..ko bagi je semua kat spa..senang...ini terpaling nak function, hujung2 nak scam pencari keje suh byr RM 10 utk satu jawatan yg nak apply...adoiiii
Quote kakigebang 17-3-2025 08:02 PM
wirazam replied at 17-3-2025 06:24 PM
Ko dah knp..nak buat slot temujanji nak kena byr itu ini...
Same goes to kerja kosong kat Univ awam  ...

?????
Quote che-cikL 17-3-2025 08:05 PM
Puspakom buat statement macam baru terhantuk. Dah tentu yg buat booking tu mesti org2 yg sama ulang700 kali
Quote sapeka 17-3-2025 08:11 PM
Kenapa buat appointment kena byr?
Quote Orion_Onion 17-3-2025 09:16 PM
che-cikL: Puspakom buat statement macam  ...

Sah2 kje org dlm jugak bkn org luar pun
Quote kelapaparut 17-3-2025 11:19 PM
Elok la anthony loke pecahkan monopoli puspakom, biar pdn muke tamak sgt
Quote Decaffeinated 17-3-2025 11:40 PM
Asal boleh buat duit panjang ja akal manusia ni. Bubuh lah nama kat no giliran tu, susah ka nak buat?
Quote pengecatbintang 17-3-2025 11:49 PM
kelapaparut replied at 17-3-2025 11:19 PM
Elok la anthony loke pecahkan monopoli puspakom, biar pdn muke tamak sgt

satu lagi produk dari sistem pemerintahan yg korup n rasis

PH yg kena bersihkan

tp biasa ler

pensokong sistem pemerintahan yg korup n rasis mesti marah punya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.348371 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top