CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Khinzir kejar sondol warga emas

9-7-2013 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9781| Komen: 64

JEMPOL 9 Julai - Seorang warga emas nyaris maut selepas diserang seekor babi hutan ketika dalam perjalanan ke rumah jirannya di Kampung Bayai Lama, Serting dekat sini semalam.

Kejadian pukul 4.30 petang itu mengakibatkan Saerah Hassan, 82, cedera di tangan kiri akibat digigit haiwan berkenaan selain luka di beberapa anggota badan.
Menurut jirannya, Mastura Jamaludin, 39, ketika kejadian mangsa berjalan kaki berseorangan di laluan utama kampung tersebut berhampiran sebuah kebun getah.
"Tiba-tiba muncul seekor babi hutan dianggarkan seberat 70 kilogram pantas menyondol mangsa sehingga bajunya terkoyak.


"Mangsa kemudian terjatuh sebelum babi berkenaan menggigit tangan kirinya sehingga parah. Kebetulan ketika itu ada penduduk kampung yang lalu di kawasan tersebut segera menyelamatkan mangsa," katanya ketika ditemui hari ini. 






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 9-7-2013 03:00 PM
dari mana babi tu dtg..
Quote the_killer 9-7-2013 03:01 PM
izamahmed posted on 9-7-2013 03:00 PM
dari mana babi tu dtg..

polis kena tangkap saspek tu dulu
Quote izamahmed 9-7-2013 03:04 PM
the_killer posted on 9-7-2013 03:01 PM
polis kena tangkap saspek tu dulu

tangkap pastu soal siasat... agaknye ape la babi tu nak cakap yer
Quote dubuk 9-7-2013 03:05 PM
tak boleh salahkan babi sebab BABI sentiasa BETUL
Quote AbukRokok 9-7-2013 03:06 PM
Babi disyaki tersesat dari Ladang Mega Selangor
awalnya babi ini adalah babi baik...kini menjadi babi yg jahat.
Quote the_killer 9-7-2013 03:06 PM
izamahmed posted on 9-7-2013 03:04 PM
tangkap pastu soal siasat... agaknye ape la babi tu nak cakap yer

itu biarlah polis yang setel...yakinlah -pada PDRM
Quote izamahmed 9-7-2013 03:07 PM
@dubuk , ada akta tertentu utk kes melibatkan babi
Quote izamahmed 9-7-2013 03:09 PM
the_killer posted on 9-7-2013 03:06 PM
itu biarlah polis yang setel...yakinlah -pada PDRM

hukum penjara 3 tahun
Quote dubuk 9-7-2013 03:09 PM
izamahmed posted on 9-7-2013 03:07 PM
@dubuk , ada akta tertentu utk kes melibatkan babi

kan melayu suka sebut baabii betul!!! kihkihkih
Quote shamsadis 9-7-2013 03:09 PM
nak tulis 'babi' jugak...sebab bukan senang nak tulis perkataan nie dalam forum
Quote izamahmed 9-7-2013 03:10 PM
shamsadis posted on 9-7-2013 03:09 PM
nak tulis 'babi' jugak...sebab bukan senang nak tulis perkataan nie dalam forum

dlm berita kat tv pun deorg sebut "babi"
Quote izamahmed 9-7-2013 03:11 PM
dubuk posted on 9-7-2013 03:09 PM
kan melayu suka sebut baabii betul!!! kihkihkih

boleh buat teka teki ni. macam beruang = berwang
Quote the_killer 9-7-2013 03:12 PM
kita manusia ada hak untuk dakwa babi....
Quote eco_internet 9-7-2013 03:14 PM
Babi tersobut akan didakwa di mahkamah...kalau babi tu kroni umno, confirm terlepas...
Quote the_killer 9-7-2013 03:17 PM
eco_internet posted on 9-7-2013 03:14 PM
Babi tersobut akan didakwa di mahkamah...kalau babi tu kroni umno, confirm terlepas...

mestilah didakwa..adakn digari....

persoalan..adakah babi itu dapat hak guaman? sapa peguamnya
Quote wanburn 9-7-2013 03:28 PM
dulu cikgu aku drive kete langar babi..pastu dia g report polis..
pastu kena saman sebab mencederakan hidupan liar..



Quote the_killer 9-7-2013 03:28 PM
dubuk posted on 9-7-2013 03:05 PM
tak boleh salahkan babi sebab BABI sentiasa BETUL

betul?
Quote solstice 9-7-2013 03:28 PM
BABI!!!!

babi babi babi babi





Peluang nak carut
Kalau tidak kena potong kredit
Quote solstice 9-7-2013 03:29 PM
the_killer posted on 9-7-2013 03:17 PM
mestilah didakwa..adakn digari....

persoalan..adakah babi itu dapat hak guaman? sapa peguamnya  ...

Peguam babi

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062174 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top