CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kawan Jenis Mulut Murai? Ini Cara Diamkan Dia

15-1-2016 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5003| Komen: 4


Oleh : Dean BZ


Kawan ada banyak jenis juga, ada yang baik, dan juga sebaliknya. Yang baik tu, kita kenalah pandai jaga, bukan senang nak dapat kawan yang sebenar-benar kawan tau! 

Ada juga kawan yang tak banyak bercakap dan ada juga yang bercakap tak reti nak berhenti. Ada saja topik yang hendak dikongsi dan "digosipkan". Kadang-kadang hidup kita akan rasa sangat ceria dengan rakan seperti ini. Tapi kadang-kadang juga kita akan merasa rimas kerana dia langsung tak beri peluang untuk orang lain bercakap.

Sista, mulut murai sangat pun tak elokkan nanti ada yang sakit hati kerana mereka yang bermulut murai memang jenis main sembur je. Jadi, janganlah biarkan dia terusan menjadi murai tercabut ekor. Ini caranya untuk mengatasi rakan bermulut murai, tips dipetik dari hmetro :



Tunjuk bosan
Tunjukkan kita tidak berminat mendengar bebelan mereka. Buat saja muka yang kita tidak berminat dengan topik yang dibebelkan. Namun, jangan kelihatan biadab. Mungkin dengan cara menguap atau menongkat dagu tanda bosan. Kalau dia faham, mesti dia tidak akan terus bercakap.

Ubah topik
Salah satu cara terbaik ialah mengubah topik perbualan. Ubah perhatian dia dengan bertanyakan soalan berkaitan perkara lain atau kongsi cerita mahupun pendapat kita pula. Topik yang dia tidak tahu atau boleh cakap banyak lagi bagus.

Tengok telefon
Ambil saja telefon bimbit dan berpura-pura sibuk melihatnya seperti ada yang lebih penting atau menarik. Dia akan sendiri bertanya apakah yang kita lihat di telefon bimbit itu dan bebelannya pun akan berhenti. Jika dia kawan baik kita, dia tidak akan kecil hati.

Berseloroh
Jika kita memang rapat dengannya dan kita boleh menegurnya, suruh saja dia berhenti bercakap sekejap atau membebel pasal topik itu dengan berseloroh. Melawak atau secara halus suruh dia berhenti bercakap, jangan serius ketika mengatakannya.

Pilih aktiviti
Kalau tahu kawan kita itu memang mulutnya becok, pilih aktiviti sesuai meluangkan masa dengan mereka. Aktiviti seperti menonton wayang, sukan atau karaoke adalah lebih sesuai untuk dilakukan bersama mereka berbanding makan bersama, membeli-belah atau melepak yang membolehkannya bercakap sebanyak mungkin.

Cubalah buat, mesti nampak kesannya. - CARI Infonet.
5

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 15-1-2016 11:44 AM
kawan duk meja depan aku nie agak talkative. sikit2 bangun nak bercerita itu ini. aku sampai naik segan ngan officemate lain sbb agak kuat dia berborak hal2 x berkaitan keje.. pastu aku buat2 xdengar sgt dia cakap apa, buat2 busy buat keje, skarang dah slow sikit.. ada masa2 tertentu je aku layankan.. kalau time lunch or tea break. so dia dah paham kot. sibbaikkk paham.. kalau tak, sakit gak kpale nak ngelak org camnie..
Quote LavaUollss 15-1-2016 02:56 PM
kesian ko ninjago
Quote manjalara_01 16-1-2016 12:46 PM
ninjago: kawan duk meja depan aku nie agak talkative. sikit2 bangun nak bercerita itu ini. aku sampai naik segan ngan officemate lain sbb agak kuat dia berbora ...


ok la tu...subtle..but effective...

i pulak so far x pernah jumpe org yg kuat borak...kalau suke borak pun bertempat....
i ni pulak pendiam...so bgs la mcm tu...eheheh...

tp yg buat i rs awkward..kalau org tu pendiam sgt....
so nak buang rs awkward tu i pulak kena byk cakap...
Quote kumen2 15-2-2016 03:02 PM
aq paling benci pompuan gelak kuat mcm langgsuir..... .

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.033975 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top