Oleh Adib ZA Berita baik untuk anda yang menggemari menu laksa kerana kini semua penumpang Malaysia Airlines boleh menikmati menu tempatan itu di ruang istirahat Golden, tempatan dan antarabangsa di KLIA.
Terdapat empat jenis laksa yang ditawarkan iaitu Laksa Kari, Laksa Johor, Laksa Asam Pulau Pinang dan Laksa Sarawak. "Dengan bantuan MAS Awana, kami mampu menyediakan 1200 mangkuk setiap hari untuk penumpang kami dan pada masa yang sama mengekalkan rasa istimewa laksa kami. "Kami mengesyorkan kepada penumpang kami untuk mencuba laksa yang berbeza kerana setiap menu berkenaan menawarkan rasa unik tersendiri. Setakat ini, Laksa Kari paling mendapat sambutan penumpang," ujar Ketua Produk Malaysia Airlines, Jascelena Ahmad.
Ruang istirahat Malaysia Airlines di KLIA adalah untuk penumpang Kelas Pertama dan Bisnes, ahli Enrich Gold dan Platinum serta Oneworld Sapphire dan Emerald. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Bernama |
cmf_premierleag replied at 20-1-2016 10:01 AM
Kesian ummah yg naik ekonomi class x dpt merasa
blackwidowbae replied at 20-1-2016 11:06 AM
Makcik tak dapat bayangkan kalau laksa tu pedas,mahu tercirit birit dalam kapal terbang
kalau 10 ...
DaisyD replied at 20-1-2016 11:20 AM
hahahahahahahahahaha lepastu bau semerbak 1 kapal terbang
Changa replied at 20-1-2016 11:31 AM
siam pun ada laksa namun laksa tanah air lagi pop dan di kenali akak syak...\
leluhur DNA akak ta ...
cmf_premierleag replied at 20-1-2016 11:58 AM
Kalo di tanah ibu pertiwi, saya rasa yg paling pop ialah Laksa Ah Cheng
Saya selalu cikcur ke klc ...
Changa replied at 20-1-2016 12:00 PM
ah cheng akak pernah try asam laksa heshe jah... memang sedap.
mee curry heshe akak tak pernah tr ...
cmf_premierleag replied at 20-1-2016 12:03 PM
Kedainya mmg kecik jah
Ala2 kiosk konsepnya
Tp ms lunch time mmg beratur pjg and full seats
Changa replied at 20-1-2016 12:07 PM
tak sabar dah akak nak pindah ke nu sentral office sis...
kat ofis sekarangf haus sangat ok pilih ...
scorpionkiki replied at 20-1-2016 11:54 AM
Siapa yg pernah guna Emirates punya launge tentu tahu betapa mewahnya dia jamu passengers yg tengah ...
ADVERTISEMENT