CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tawaran Berlakon Berkurangan Selepas Saya Berhijab - Mia Sara

28-1-2016 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37073| Komen: 190


Oleh : Dean BZ


Pelakon kanak-kanak, Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11 memberitahu bahawa tawaran berlakon sudah berkurangan semenjak dia berhijab.

“Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti. Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung,” jelasnya kepada mStar Online.

Kata Mia lagi, perubahan imejnya itu juga disifatkan sebagai satu keputusan yang sangat tepat apabila dia tidak lagi dikutuk rakan-rakan sekolah seperti yang sering dilaluinya sebelum ini. Walaupun kurang tawaran berlakon, Mia turut memasarkan tudung dengan jenama sendiri yang boleh dibeli secara online.


“Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran”

“Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya. Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula,” katanya. 


Mia juga merupakan duta kepada produk makanan tambahan Caliph bersama penyanyi Fynn Jamal yang dilantik sebagai duta kecil. Caliph merupakan produk syarikat  Raffelinna Sdn Bhd.

Apapun bersabarlah dik, rezeki ada dimana-mana. - CARI Infonet.




Sumber - mStar
31

Bagus
25

Marah
11

Terkejut
22

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 28-1-2016 10:18 AM
Kau punya rupa sudah terserlah kebiasaan biasaannya.. Apa pun semoga kau semakin faham kenapa wanita moslem perlu berpakaian decent serta menutup tubuh badannya.. Bukan sekadar tutup sebab orang skeliling tutup tanpa ketahui konsep sebenar
Quote mizz_fatyn 28-1-2016 10:20 AM
comel kan bila dah bertudung..
xpe dik..jauh lg perjalanan.
Quote kucingTomey 28-1-2016 10:25 AM
Lelaki dalam gambar tu pepe ke?
Quote jargon 28-1-2016 10:31 AM
muka kau pon dah tak comel miah..

org brtudong kau pon nk brtudong,yela sbb nk jual tudong

another cerita raih simpati produser
dgr cite kau ni very the diva kt skolh..
Quote mokcikKSKB 28-1-2016 10:31 AM
Ko ni dh kenapa dik?mcm stetment org tua jah...kecik2 x wajib pon pakai tudung.dh ko gigih nk berjual tudung..
Quote merahrose 28-1-2016 10:32 AM
dik baik fokus bljar...ko berlakon pn membosan kan..
Quote stania83 28-1-2016 10:32 AM
Talibannya budak sekarang. Tak pakai tudung kena kutuk.
Quote dino 28-1-2016 10:36 AM
addamnor replied at 28-1-2016 10:18 AM
Kau punya rupa sudah terserlah kebiasaan biasaannya.. Apa pun semoga kau semakin faham kenapa wanita ...

nanti tampal qu putih.... tasty la tuh
Quote Incanto 28-1-2016 10:44 AM
stania83 replied at 28-1-2016 10:32 AM
Talibannya budak sekarang. Tak pakai tudung kena kutuk.

Ntah ntah anak porumer cari
Kemana tumpahnya kuah.....
Quote Adelisa 28-1-2016 10:45 AM
Kecik kecik dh ligat propa :zz
Quote wookiehoney 28-1-2016 10:46 AM
baguslah berkurangan dik
tumpukan pada pelajaran jehh
Quote myakayina 28-1-2016 10:48 AM
tu tudung jualan mia ke tu? cantik gak.. takpe mia, adalah rezeki mia tu nanti..yg penting jgn lupa pelajaran.. by the way supplement yg mia jadi duta tu bagus ke?
Quote susukambingbest 28-1-2016 10:48 AM
ko da xcomel dek...belakon pun biasa2 je bkn sbb brhijab ke apa. xpe la, tumpukn pd stadi n biz tdung je la. moga trus maju
Quote kainlabuh 28-1-2016 10:52 AM
Ada iras mawarparidah
Quote skechers 28-1-2016 10:54 AM
Incanto replied at 28-1-2016 10:44 AM
Ntah ntah anak porumer cari
Kemana tumpahnya kuah.....

Statement ni sangat WIN!!

Stujuks sangat! LOL! Kat forum cari ni segala jenis kutukan pun ada. Tak comel la, diva la, apa la. Yang tak pakai tudung, kena hencap sebab free-hair. Yang dah bertudung, kena hencap jugak atas segala sebab. Dah makpak nya kuat mengutuk, anak2 pun semestinyalah berperangai yang sama kan?
Quote bottombikini 28-1-2016 10:54 AM
tak berhijab pun ko belakon mmg tak best dek...ka to the yu sangat

btw, aku tak nampak apa impaknye dak ni jd tambahan pengacara dalam pop ceria. takat sengih2 pegang mikropon ape pekdahnye
Quote kenarikelabu 28-1-2016 10:54 AM
Abis la kau dikk....dah takde job
Quote tupai_tupai 28-1-2016 11:05 AM
habiskan sekolah tu la dik

kau tu budak lagi

bukan tanggungjawap kau keje kuat2 carik duit.

enjoy your life dulu
Quote kiramira 28-1-2016 11:07 AM
Hahaha, enjoy je la childhood dulu tu dik.

Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.074563 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top