|
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka, di sini pada Sabtu lalu. DBKL berkata, tindakan itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. “Diingatkan Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong. “DBKL ingin mengingatkan para pengunjung agar tidak membeli daripada penjaja haram supaya kita dapat bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan menghargai keindahan persekitaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut DBKL, kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan bersih , selamat dan sejahtera untuk dikunjungi. Terdahulu Kosmo! melaporkan gerai di kaki lima berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan pemandangan ikon bersejarah itu seolah-olah ‘terganggu’ pada waktu malam.
Menerusi hantaran tular di media sosial, seorang individu memuat naik gambar deretan gerai menjual makanan dan minuman yang beroperasi di hadapan bangunan berkenaan. Difahamkan, harga minuman mencecah RM7 bagi setiap cawan, dipercayai dipengaruhi faktor lokasi tumpuan serta permintaan tinggi di kawasan berkenaan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
dewi_rina replied at 19-2-2026 03:43 PM
Merepek betul menjual depan tu, siap ada jual cilok hahhaha, ni Malaysia tau bukan Jakarta nak jual2 ...
Blu3butter replied at 19-2-2026 03:35 PM
Yg ni ok la diarg sita. Yg kes Firdaus Wong tu rasa terkilan le juga sbb yg itu bukan atas dasar keu ...
airfilterkotor replied at 19-2-2026 05:34 PM
Satni ada la yang petik... PBT ni berani dengan penjaja melayu jer.
Tapi kuil haram atas tanah orang ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.334206 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.