CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ramadan Pertama Di Bumi Syam” – Nadzmi Adhwa Mohon Doa Sertai Misi Kemanusiaan

20-2-2026 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25425| Komen: 5

 


Pelakon dan usahawan Nadzmi Adhwa memohon doa agar dipermudahkan urusannya dalam misi bantuan kemanusiaan di Syria pada Ramadan ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi bersama Pertubuhan Kebajikan Aryana berangkat ke Syria semalam untuk misi kemanusiaan musim sejuk Ramadan.


“Salam semua. Doakan perjalanan kami. Ramadhan pertama saya kalini di Bumi Syam. Kita sama sama berikan sedikit kegembiraan untuk memasuki bulan Ramadan ini.

“Insyaallah kami sampaikan bantuan kalian. Rindu tanah barakah Syam. Ramadan Winter Mission Syria,” tulisnya.

Perkongsian Nadzmi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar urusannya bersama aktivis lain dipermudahkan.

SUMBER : ROTIKAYA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-2-2026 06:01 PM
Ah, korang satu family aku malas nk sokong.
Quote selipar_hijau 20-2-2026 09:12 PM
Pegi je lahhhh
Quote Lucy20 21-2-2026 10:07 AM
lepas banyak drama psl NGO, pasal urusan duit derma tak telus.  dah macam tak impress org pergi misi sana sini. semua ini poyo
Quote wadiunong 21-2-2026 10:26 AM
Tertengok smlm drama bersiri petang TV3 - Di sebalik Jubah. Psl penonggeng NGO guna agama utk songlap duit derma. Pelakon Daiyan  Trisha & Azira Shafinaz. Best gak layan sblm berbuka puasa
Quote kukukatablog 21-2-2026 10:51 AM
aku bila fikir dorang dapat 30% tu terus rasa cam tawar hati nak menderma kat NGO2 niii.. yang nama NGO dah established pon x leh pakai inikan yang bilis2 nih...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.409350 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top