CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Christy Ng Nak Puasa Lagi, Sediakan Makanan Sahur & Berbuka Untuk Pekerja

20-2-2026 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26028| Komen: 13

 


Usahawan dan pempengaruh media sosial, Christy Ng teruja untuk menyambut Ramadan serta bakal berpuasa dengan pasukannya dikenali sebagai The Bengap Boys.

Memetik mStar Online, Christy berkata dia pernah cuba untuk berpuasa sebelum ini namun ketika itu agak kurang pengetahun ketika bersahur sehingga dia rasa haus.

“Saya memang pernah cuba puasa, tapi sangat susah kerana hanya makan mi segera untuk sahur. Saya tiada pengalaman jadi agak ‘bongok’ sedikit.

“Kawan saya nampak dan terus tegur. Dia kata makan mi segera memang cepat haus. Memang waktu itu saya rasa sangat haus,” katanya.

Sementara itu, Christy berkata dia tidak sabar untuk berpuasa bersama pasukannya serta berbuka puasa bersama-sama.

“Tahun ini saya ‘upgrade’ sikit, nak cuba lagi puasa bersama pasukan saya. Seronok bila pergi bazar Ramadan dengan mereka dan berbuka bersama. Rasa syok sangat,” katanya.


Dalam pada itu, Christy berkata dia akan sediakan makanan untuk bersahur dan berbuka untuk pekerjanya di pejabat memandangkan ada live host yang akan mula bekerja seawal 4 pagi.

“Sempena Ramadan ini kami akan ‘top up’ makanan di pejabat untuk buka puasa dan sahur. Kami sediakan makanan seperti jajan, telur, nasi lemak, nasi ayam, lamb chop dan aiskrim durian untuk mereka,” katanya.

SUMBER :  mStar Online, ROTIKAYA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-2-2026 06:00 PM
Die ni bukan yang buat beg ciplak tu ke
Quote dua_chzy 20-2-2026 06:01 PM
Apsal orang masih kayakan macit ni?
Quote zuriey 20-2-2026 11:20 PM
Euwhhh agama org pun ko nak tonggeng ke
Tonggeng la agama sendiri
Masa raya ko tak de pula beria ko buat content
Demi meraih pembeli moslim kah
Quote dubuk 21-2-2026 04:52 AM
Ini anak papa Megah Holding ke?
Quote MisXoXo 21-2-2026 05:42 AM
Dia ok ja jaga pekerja dia .ke dia wayang ja..kalau wayang xdanya kekal semua dgn dia
Quote suri33 21-2-2026 06:14 AM
Eeuww.
Quote orkid_amani 21-2-2026 02:25 PM
Rasanya CN ni popular lepas kes dgn intern viral tu kot..sblm ni rasa mcm xkenal sgt pun CN ni
Quote Reira77 21-2-2026 02:51 PM
Bengap Brothers mmg power marketing and kreatif. Rasanya kalau takde depa, mungkin CN agak slow naik.
Quote makadek 21-2-2026 02:52 PM
muak betul dgn geng2 kapir yg joined puasa ni ye ke dok...diorg tau org melayu nitezen ni bangang2 mudah ship tu yg buat content puasa
Quote Incanto 21-2-2026 03:45 PM
CN dah buka bnyk cawangan kat Indon…kira hebat jugalah

aku ingat beg indon lagi cantik dan murah
Quote Incanto 21-2-2026 03:46 PM
CN dah buka bnyk cawangan kat Indon…kira hebat jugalah

aku ingat beg indon lagi cantik dan murah
Quote stingerkaypoh 21-2-2026 11:40 PM
Sebijik perangai @Dwdrum aka DARSITA...


Tonggeng demi sesuap Bak Kotehhh!!
Quote cempakaa 21-2-2026 11:47 PM
Incanto replied at 21-2-2026 03:46 PM
CN dah buka bnyk cawangan kat Indon…kira hebat jugalah

aku ingat beg indon lagi cantik dan murah  ...

Wow power juga eh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.035710 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top