|
JAKARTA – Satu klip video tular di Blitar, wilayah Jawa Timur menunjukkan jemaah menunaikan solat tarawih 20 rakaat termasuk witir dalam masa cuma 13 minit. Kejadian berlaku di Sekolah Pondok Mambaul Hikam, daerah Udanawu semalam. Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rezafebriantooo_ menunjukkan orang ramai mengikuti imam menunaikan solat tarawih termasuk witir tiga rakaat. Apa yang menarik perhatian adalah mereka melakukan gerakan-gerakan dalam solat dengan amat pantas. Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. “Ini imam yang saya cari-cari,” kata seorang netizen. “Masjid di kawasan saya habis pukul 9.30 malam (waktu tempatan),” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.199190 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.