|
Di sebalik pujian ramai, pelakon Sophia Albarakbah mengakui watak wanita yang yang dicurangi suami, Sheila lakonannya dalam naskhah Bisik Asmara membuatkan emosinya terganggu. Menurut Sophia, menyelami kehidupan Sheila antara faktor emosinya terusik namun bersyukur melihat ramai penonton memuji lakonannya untuk watak tersebut. “Agak susah juga bila nak bawakan watak Sheila sebab semasa berlakon, kita ada perasaan yang berbeza-beza. “Watak Sheila ini buat saya rasa ‘down’, mungkin sebab cara hidup dia, seorang guru, hubungan jarak jauh dengan suami, mak dia Alzheimer dan kakak tidak membantu. “Apabila menjadi Sheila, saya macam depresi tapi tidaklah terganggu sangat atau terbawa-bawa sehingga ke luar set penggambaran tapi bila seorang diri jadi sedih dan ‘down’ sikit, rasa macam tak sedap,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Berkongsi keserasian dengan Zul Ariffin yang melakonkan watak suami kepada Sheila, Sophia mengakui didatangi rasa gerun saat pertama kali berdepan dengan lelaki berbadan kekar itu. “Keserasian dengan Zul mudah sangat. Mula-mula jumpa dia rasa macam agak intimidasi sebab dia besar dan suara garang. “Tapi bila dah masuk set, dia tak menakutkan langsung. Sangat kelakar, peramah dan senang nak bekerja,” ujarnya. Selain Sophia dan Zul, naskhah arahan Jamal Khan tersebut turut dibintangi Uqasha Senrose, Arash Mohamad, Aleza Shadan dan Ruminah Sidek. Drama tersebut kini hangat menjadi bualan ramai susulan jalan ceritanya yang meledakkan kemarahan ramai iaitu suami yang curang terhadap isterinya dan menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja. SUMBER – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.022320 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.