oleh Adib ZA Tahniah diucapkan kepada pelakon Shaheizy Sam dan juga Syatilla Melvin yang telah selamat bergelar suami isteri melalui majlis pernikahan malam tadi.
Dengan hanya sekali lafaz, mas kahwin RM10,082, pernikahan itu dilakukan di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang. Shaheizy Sam, 34 juga menyarungkan sebentuk cincin kepada Syatilla, 25 serta menyerahkan tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan. Pemenang Bintang Paling Popular itu bersama isterinya bakal mengadakan majlis resepsi hari ini bagi pihak pengantin perempuan, manakala pengantin lelaki bakal mengadakan resepsi pada 14 Februari. Bercakap kepada Sinar Harian, Sam meluahkan rasa syukurnya, "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami juga telah menjadi suami isteri.
"Saya memohon semua pihak terutama peminat-peminat kami mendoakan perkahwinan saya dan Syatilla kekal hingga akhir hayat," ujarnya. Kemaskini. Dalam pada itu, majlis resepsi telah diadakan di lokasi yang sama di Pulau Pinang. Dilaporkan pasangan itu telah diarak dengan 237 motorsikal berkuasa tinggi. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Sam dan Syatilla! - CARI Infonet Kredit foto: Instagram TV9 / Rotikaya / Beautifulnara |
9
Bagus |
5
Marah |
2
Terkejut |
10
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT