Oleh : Dean BZ
Kesibukan menguruskan perniagaan membuatkan penyanyi Mila Jirin atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 29, belum berkesempatan menyediakan masakan untuk suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha walaupun sudah tiga bulan mereka berkahwin. "Saya belum berkesempatan lagi memasak untuk suami sejak berkahwin kerana kami sibuk dengan urusan bisnes katering yang diusahakan bersama. "Nasib baik dia memahami dan tidak kisah makan di luar, lagi pula, kami keluar menguruskan urusan bisnes tersebut bersama-sama," ujarnya kepada mStar Online.
Mila yang agak lama juga menyepi kini dikatakan sibuk dengan perniagaan Bizmilla Catering yang diusahakan sejak tiga tahun lalu. Mereka juga bakal melancarkan dewan perkahwinan ketiga mereka di hotel One City, dekat sini, pada April depan. "Sekarang hidup lebih tenang kerana sentiasa disisi suami dan tidak risau kalau mesyuarat hingga larut malam sekalipun. "Selain itu, rezeki lepas kahwin pun memberangsangkan, perniagaan katering dan perancang perkahwinan yang kami usahakan semakin mendapat sambutan dan dalam perancangan untuk menambah beberapa dewan perkahwinan lagi," ujarnya. Ditanya tentang perancangan cahaya mata, Mila berkata, dia sudah bersedia jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. - CARI Infonet. Sumber - mstar |
17
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
epis replied at 11-2-2016 10:38 AM
tomyam kelapa kat kedai die kat puchong tu sedap gak... gigih kawan saya mencari sebab nak rasa hehe ...
kucen_miang replied at 11-2-2016 10:45 AM
apa nama kedai dia sis? kat area mana?
qronaldo7 replied at 11-2-2016 10:44 AM
biar betik xsempat nak masak?
nasi goreng tu bkn lame sangat kn
sepitsiput replied at 11-2-2016 10:54 AM
Agaknya dia tapau lauk pauk katering je blik rumah. Tu yg kata x sempat masak.
sepitsiput replied at 11-2-2016 10:54 AM
Agaknya dia tapau lauk pauk katering je blik rumah. Tu yg kata x sempat masak.
ADVERTISEMENT