CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pemandu Manual Jangan Buat Seperti Ini Ketika Memandu

12-2-2016 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 13432| Komen: 45

Oleh Izzah Abbasy


Memandu kereta manual pasti melecehkan dan sukar bagi individu yang tidak berkebolehan untuk memandu kenderaan manual berbanding auto.

Tetapi, memandu manual lebih berbaloi kerana ia menjimatkan penggunaan bahan bakar dan prestasi kenderaan lebih mantap dengan transmisi manual.



Namun, ada beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh pemandu kenderaan manual dan ia merupakan kesalahan yang besar.

Berikut penjagaan kenderaan manual yang dikongsikan oleh Careta.my supaya pemandu manual tidak melakukannnya semasa memandu. - CARI Infonet

1. Jangan gunakan tombol gear sebagai tempat meletak tangan.


Bila anda menukar gear, anda sebenarnya menekan selector fork atau lidah pemilih ke atas satu komponen kolar berpusing (rotating collar) yang akan masuk ke nisbah gear mana yang kita mahukan.

Ini bermakna, setiap kali ada tukaran gear, akan berlaku geseran pada selector fork tersebut tetapi hanya sekejap kerana ia berlaku apabila kita menukar gear sahaja.

Tetapi sekiranya tangan anda sentiasa menekan tombol gear, geseran akan sentiasa berlaku pada selector fork dan rotating collar dan kadar haus akan lebih cepat berlaku pada komponen-komponen tersebut.


2. Jangan biarkan transmisi berada dalam gear ketika menunggu lampu merah


Letakkan gear dalam neutral dan lepaskan pedal klac. Throw out bearing akan bergeser dengan spring diafram pada klac. Jika klac sentiasa ditekan ketika menunggu lampu bertukar ke hijau, anda akan mengakibatkan kadar haus yang tidak diperlukan pada bering dan komponen klac anda.



3. Jangan gunakan klac untuk menahan kereta dari menggelusur di bukit

Mungkin ini nampak cool tetapi sebenarnya anda “membakar” plet disk klac anda, terutama pada kenderaan dengan tork tinggi seperti trak pikap dan kereta berprestasi tinggi.

4. Jangan tekan minyak bila kelajuan enjin rendah dan berada di gear tinggi.

Jika anda lakukan begini selalu, anda memberi tekanan lebih kuat kepada enjin, dan ini akan menghauskan komponen enjin dan meningkatkan penggunaan minyak. Gunakan nisbah gear yang betul, bermakna, turun gear untuk memecut. Jangan malas!



5. Jangan rehatkan kaki di atas pedal klac


Jika anda buat begini, klac anda mungkin tidak berada dalam keadaan rehat sepenuhnya dan ia akan menghauskan plet-plet klac. Anda juga tidak akan menggunakan sepenuh tenaga dari enjin, dan ini akan mengakibatkan pembaziran bahan bakar.

20

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
31

Sedih
27

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 12-2-2016 04:21 PM
good info! aku prefer manual dari auto. kalo bawak auto, senang je aku rasa nak sondol keta depan.
Quote kentel 12-2-2016 04:25 PM
sabar_sabariah replied at 12-2-2016 04:21 PM
good info! aku prefer manual dari auto. kalo bawak auto, senang je aku rasa nak sondol keta depan.

rugged nye ladies bwk manual
Quote sabar_sabariah 12-2-2016 04:33 PM
kentel replied at 12-2-2016 04:25 PM
rugged nye ladies bwk manual

ramai je pompuan leh bawak manual,
tapi ramai gak yg jahil manual.
pakai keta mekap macam hensem takkan bawak auto. malu kot...
Quote kentel 12-2-2016 04:41 PM
sabar_sabariah replied at 12-2-2016 04:33 PM
ramai je pompuan leh bawak manual,
tapi ramai gak yg jahil manual.
pakai keta mekap macam  ...

hahaha...gadis litar rupanya
Quote sabar_sabariah 12-2-2016 04:45 PM
kentel replied at 12-2-2016 04:41 PM
hahaha...gadis litar rupanya

dedulu aku minah rempit..
tapi tak lah jauh.
merempit ke tempat keje dari shah alam ke sg buloh je.
tapi since pregnant and hampir keguguran sbb asik langgar lubang masa merempit,
insaflah aku tukar ke kereta.

Quote cammie1711 12-2-2016 04:55 PM
No.2 tu memang habit sebab senang nk pecut bila dh lampu hijau.
kang lambat kene hon ngan orang belakang

No.3 pun slalu buat. clutch gantung org panggil. malas nk tarik henbrek
Quote Artemesiaa 12-2-2016 05:02 PM
Pandu manual ni sakit time kesesakan jalanraya je lengoh kaki wei apa pun good info
Quote watie_na 12-2-2016 05:31 PM
aku selalu buat no.2
sebab konon nak pecut..
Quote jelitaqasyah 12-2-2016 05:51 PM
Artemesiaa: Pandu manual ni sakit time kesesakan jalanraya je lengoh kaki wei apa pun good info


tak sakit kalau tahu skill.. free kan gear mcm selalu jelita buat.. tp kalau clutch tinggi mmg nahas.. penat la..
bawak 4x4 manual xler rasa mana kalau jem
Quote kyleril 12-2-2016 07:35 PM
yup...setuju...good info...
Quote HannahMontana 12-2-2016 08:45 PM
Diknah  bisik dgn kereta Diknah , hati2 ye syg...dia pandu Diknah mcm dunia ni kami yg punya !
Quote shernazz 12-2-2016 11:16 PM
ahkak bawak auto..hur hur...
bawak manual time blajo kete je..
hahaha
Quote turboturtle 12-2-2016 11:46 PM
shernazz replied at 12-2-2016 11:16 PM
ahkak bawak auto..hur hur...
bawak manual time blajo kete je..
hahaha

Ahkak igt lg ke bwk manual..
Quote shernazz 12-2-2016 11:51 PM
turboturtle replied at 12-2-2016 11:46 PM
Ahkak igt lg ke bwk manual..

ontah lah..
xyakin rasanya..huhu
kang terkandas tengah jalan...hahaha
semua pakai auto
manual hanya kereta arwah ayah je...
Quote turboturtle 12-2-2016 11:51 PM
manual syok lyn selekoh & naik bkt cam genting, org bwk auto terkebil kebil je menengok.
Quote turboturtle 12-2-2016 11:55 PM
shernazz replied at 12-2-2016 11:51 PM
ontah lah..
xyakin rasanya..huhu
kang terkandas tengah jalan...hahaha

Klu emergency bahaya tu, buatnya husband sakit perut cerry berry nk ke hospital...
Quote kemaruk 13-2-2016 12:18 AM
wow.. gadis yang tahu pasal kereta

bangkem suka
Quote puccafan 13-2-2016 05:54 AM
bila bawak manual rasa lebih alert,so dapat mengurangkan statistik tercium kete depan.hihihi
Quote shernazz 13-2-2016 05:42 PM
turboturtle replied at 12-2-2016 11:55 PM
Klu emergency bahaya tu, buatnya husband sakit perut cerry berry nk ke hospital...

hihi..
xpe..kalau emergency bleh.je kot...
tadi baru try kete arwah ayah...ok la.cuma tang.bukit kene sharpkan.lagi skill

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.113639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top