Oleh : TS LOo
Kalau dibuat bancian apa kerja rumah paling malas dilakukan, tentu ramai yang akan menjawab melipat pakaian. Bingo, memang betul melipat pakaian memang boleh menjadi satu masalah buat kebanyakan kaum wanita. Lagi menyakitkan hati, kalau sehari tidak diselesaikan tugas melipat pakaian, kain baju boleh bertimbun macam gunung. Rasanya baru semalam melipat pakaian tetapi hari ini sudah segunung balik terutama yang berderet ada anak kecil. Maklumlah anak kecil kalau sehari tidak tukar 3-4 pasang pakaian memang tak sah dibuatnya. Apa kata anda cuba tips berikut, mana tahu lepas ini tiada lagi masalah melipat pakaian. Tiada lagi masalah pakaian bertimbun yang tidak dilipat, hati pun senang.
1) Sangkut baju Mungkin cara ini lebih sesuai untuk rumah yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil dan tidak mempunyai anak usia bayi. Tak perlu pening kepala dan malas hendak melipat pakaian. Sebaliknya sangkut sahaja semua pakaian menggunakan penyangkut baju. Beli penyangkut baju dalam jumlah yang banyak dan sangkut semua pakaian kecuali pakaian dalam dan yang bersaiz kecil. Anda hanya perlu sediakan ruang almari yang besar untuk memuatkan baju-baju yang sudah disangkut tersebut. Selesai masalah! 2. Lipat ikut kategori pakaian Masa hendak melipat pakaian, apa kata anda asing-asingkan mengikut kategori seperti seluar, t-shirt, pakaian dalam, dan sebagainya. Lepas itu anda lipat mengikut kumpulan tersebut. Secara psikologinya anda akan merasakan tugas melipat pakaian tidak membosankan dan cepat siap kerana melipat mengikut kategori. 3. Lepas angkat terus lipat. Jangan bertangguh Selepas mengangkat pakaian di jemuran, lebih baik anda terus melipat pakaian. Jangan bertangguh sebab bila dibiarkan memang boleh menjadi malas. Lagi bagus kalau di rumah anda ada ruang khas untuk mencuci dan menyidai pakaian. Jadi lepas angkat anda boleh terus lipat di ruangan tersebut tanpa perlu membuat timbunan lain di dalam rumah. 4. Ajak suami & anak-anak bantu Tugas melipat pakaian bukan hanya perlu terletak di bahu ibu/isteri sahaja. Sebaliknya ia boleh diagihkan apatah lagi jika sudah ada anak yang besar. Suami juga boleh membantu meringankan beban isteri menguruskan kerja rumah. Tugas melipat pakaian antara tugas mudah yang boleh diserahkan kepada suami. Anak-anak juga mesti diajar dari usia kecil lagi cara melipat pakaian sendiri. Walaupun hakikatnya anda boleh 'sakit mata' melihat cara lipatan mereka tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan bebanan kerja rumah. Untuk permulaan, anda boleh minta suami dan anak-anak melipat pakaian milik masing-masing. Lama-kelamaan apabila mereka semakin mahir, mereka boleh selesaikan tugas melipat pakaian dengan mudah. Percayalah! 5. Tonton TV sambil melipat baju Sesetengah orang tak suka melipat pakaian sebab katanya ia tugas paling membosankan. Jadi, untuk mengurangkan rasa bosan, lipatlah pakaian sambil menonton TV. Confirm, anda tak perasan pakaian yang menimbun hampir habis anda lipat apabila tamat filem yang anda tonton. Bagi penulis, kalau boleh cuba elak daripada perihal melipat baju yang bolehlah dianggap perkara yang amat remeh sehingga menjadi punca pergaduhan yang boleh merosakkan kesejahteraan kekeluargaan dan menjejaskan hubungan intim suami isteri. - CARI Infonet |
21
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
20
Sedih |
7
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Dwdrum replied at 17-2-2016 01:27 AM
Tak pernah lipat bajudan tak tahu . Just hang clothes on hangers senang nak cari
rospinki replied at 16-2-2016 04:37 PM
aku paling suka lipat baju
beldandy replied at 16-2-2016 05:08 PM
kak ros...meh la tolong lipat baju iols
bel x cukup masa nk melipat
Symbiosis3 replied at 18-2-2016 07:36 AM
bak kata orang orang Kampong Sungai mati.......Harus...kecuali mahu jadi betina.......
...
rospinki replied at 18-2-2016 08:16 AM
motip ...reply dlm kegelapan..meh sini baju tu akak liipat..smbil tutup mata pon bole
tk su ...
rospinki replied at 18-2-2016 08:17 AM
uikkk manak...kt sini poun ada
ada baju nk lipat ke..bgi akak lipat cas dia satu bakul 10 ing ...
rospinki replied at 18-2-2016 08:22 AM
tips aku lipat baju:
aku set 30 minit mesti abis satu bakul yg melimpah ruah dan simpan siap.
Symbiosis3 replied at 18-2-2016 10:55 AM
Bukan nak cakap sombong atau bongkak ....cuma up diri sikit......even Manak nye tanga,thongs, boxe ...
Symbiosis3 replied at 18-2-2016 10:58 AM
Baju BUNDLES macam makcik makcik kat dalam board nih punya..boleh ler hang setengah jam dah habis ...
beldandy replied at 18-2-2016 09:06 AM
keh keh keh...terang ni...manada gelap kak ros
lipat tu bel boleh la...nk susun2 tu adoiiiiaiii ...
rospinki replied at 18-2-2016 11:53 AM
hehe..akak kalu tk reply komen manak tk perasan komen adik beldandy..
bole la tu lipat smbil2 t ...
beldandy replied at 18-2-2016 12:17 PM
hahahah terer ah ko saiko diri sendiri kak
bel skang dh byk senang skit
hb dah belikan wardrobe ...
rospinki replied at 18-2-2016 02:10 PM
tu la psal bel..lama2 memang mcm robot kak ros rasa..sebab telalu terikat ngan tugas..tu psal set ...
ADVERTISEMENT