CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

LHDN sila check pendapatan PENGEMIS sbyk RM12,000 sebulan..!

30-7-2012 09:10 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13326| Komen: 113

Last edited by Acong on 28-7-2012 07:51 PM \n\nSabtu, Julai 21, 2012
HASIL MENGEMIS RM400 SEHARI



Selesai sudah umat Islam menyempurnakan hari pertama ibadah puasa tahun 1433 Hijrah. Seperti biasa, petang tadi, Bazar Ramadan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, dibanjiri ramai pelanggan, membeli pelbagai jenis juadah.



Masyarakat pelbagai usia, berpusu-pusu membeli makanan dan minuman untuk dijamah bersama keluarga di rumah sebaik laungan azan bergema.





Di celah-celah orang ramai, lensa kamera saya merakamkan gambar lelaki ini.



... dan juga lelaki ini.



Menyedari diekori dan gambarnya dirakamkan dari belakang, dia kemudian berpaling.



Daripada raut wajah, melalui pengalaman lalu, saya percaya dia warga asing, menjadikan bazar ramadan sebagai lubuk untuk meraih simpati.

Lalu saya terus mengekorinya.







Dia menggelongsor di jalan menggunakan papan beroda empat. Sekali dilihat, pasti ramai bersimpati, tanpa teragak-agak menghulurkan sumbangan terutama di bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan umat Islam digalakkan bersedekah.

Majoriti pelanggan bazar terbabit memasukkan wang seringgit ke dalam bekas plastik hijau dipegang oleh pengemis itu, sebilangan dua ringgit.



Kira-kira lima minit kemudian, saya tunduk dan berbisik kepadanya.

"Sudahlah! Jangan menipu orang Malaysia, tidak baik," ujar saya.



Dia kemudian bergerak laju ke tepi jalan.



"Ambil balik tongkat kamu sembunyikan!," arah saya.

Taktik digunakan oleh pengemis warga Kemboja, berada di dalam genggaman saya.

Pantas dia mencapai tongkat disorokkan di celah timbunan sampah berhampiran pokok.





Papan gelongsor dan bekas plastik kemudian dibungkus menggunakan beg kain berwarna merah.





Dia kemudian cuba untuk beredar.

"Tunggu sekejap. Saya hendak tanya sedikit. Kamu orang Kemboja?," soal saya.

"Ya," katanya.

"Islam?," soal saya lagi.

"Bukan," balasnya.



"Kamu tinggal di mana? Bagaimana datang ke sini?," tanya saya.

"Tinggal di Damansara Damai, datang ke sini dengan kawan naik teksi, tiga puluh ringgit, pergi balik," ujarnya.

Lelaki saya rakamkan gambarnya sebelum bertemu pengemis itu, rakannya. Jumlah tambang teksi untuk datang ke Kelana Jaya dibahagi dua, RM15 seorang.



Tambah ayah kepada empat anak itu, paspot dimiliki sudah lama tamat tempoh

"Sepatutnya Jabatan Imigresen sudah lama menghantar kamu balik ke Kemboja. Kamu duduk di sini, mengelirukan ramai orang. Kamu sembunyikan tongkat agar orang berasa simpati," kata saya.

Dalam tempoh 4 tahun menetap di Malaysia, dia sebenarnya sudah fasih berbahasa Melayu.

"Cakap sama Lim, dia orang Kemboja, pandai bercakap Melayu. Lim duduk Puchong," katanya sambil menghulurkan telefon bimbit kepada saya.




Beberapa kali dia cuba menghulurkan telefon bimbit kepada saya namun saya menolak.

"Buat apa perlu saya bercakap dengan Lim?," soal saya.

Dia kemudian duduk kembali di atas tanah dan mendial telefon bimbitnya dan kemudian kelihatan bercakap dengan seseorang.






Tepat jam 6.52 petang, pengemis itu dihampiri pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ melakukan rondaan.



"Tuan, boleh tolong minta dia keluarkan hasil kutipan hari ini?," pinta saya.

Pegawai MBPJ, kenalan saya itu kemudian meminta pengemis terbabit menunjukkan wang dikutipnya.



"Banyak!," ujar pegawai penguatkuasa itu.





Dia mengeluarkan semua wang dari beg.

"Dia memang sudah siap ikat, seikat ini RM100," kata pegawai sama.



Saya perhatikan, terdapat dua ikatan RM100 manakala wang kertas lain masih dalam keadaan berterabur, saya anggarkan berjumlah lebih RM200.

"Lebih kurang dalam RM400 semuanya," celah pegawai MBPJ itu.




Saya yakin, RM400, jumlah pendapatannya dalam tempoh sehari, mengemis di antara pagi dan senja di beberapa lokasi berbeza.

"Itu semua kutipan satu hari?," soal saya untuk mencari kepastian.

Dia menganggukkan kepala.

Jika dia mengemis tanpa bercuti, anggaran pendapatan bulanan pengemis terbabit mampu mencecah RM12,000. Andai dia mengambil keputusan berehat pada hari Ahad setiap minggu, hasil mengemis terkumpul dalam tempoh 26 hari, RM10,400.

Fikirkan kembali berapakah jumlah pendapatan kita sehari?


http://www.mazidulakmal.com/2012/07/hasil-mengemis-rm400-sehari.html


KAYO depa nie..........!!!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 28-7-2012 07:45 PM
Haha..aku ada kat situ di masa kejadian.Mengemis naik 'skateboard'

Hari ni pun ada juga yang duk mengemis.

Rakyat malaysia yang prihatin dan mengejar pahala sering tertipu dengan pengemis.
Quote honam 28-7-2012 07:54 PM
Biar la, dah tu rezeki dia,  lagipun rakyat malaysia memang pemurah
Quote Zep 28-7-2012 07:56 PM
Tak dinafikan yang ramai rakyat Malaysia ni terutamanya melayu, memang pemurah. paling2 koman pun mesti bagi seringgit.
Quote Acong 28-7-2012 07:59 PM
[youtube]XQvsJVomHaA[/youtube]
Quote Acong 28-7-2012 07:59 PM
[youtube]sEBdwlhxhi0[/youtube]
Quote Zep 28-7-2012 08:04 PM
Acong posted on 28-7-2012 07:59 PM

Kaedahnya aku lagi menyampah dengan mazidul acah2 bagos daripada pengemis tu.
Quote sekngucing 28-7-2012 08:06 PM
fak off pengemis
-aku kalau bleh nak pukul, belasah dan tuang asid pada pengemis2 ni
Quote kasibiman 28-7-2012 08:30 PM
On a siyes note tucem, your propensity to violence is worrying. Seek help
















Quote mijot 28-7-2012 08:33 PM
org kita kena keras hati sekali sekala.
jgn terlalu murah hati..
Quote Acong 28-7-2012 08:50 PM
sekngucing posted on 28-7-2012 08:06 PM
fak off pengemis
-aku kalau bleh nak pukul, belasah dan tuang asid pada pengemis2 ni

langgar laa dgn keta............
Quote makita 28-7-2012 08:52 PM
dulu kolej time setiap minggu pegi pasar malam maluri dan pandan jaya

ada atok ni mintak sedekah dengan badan gigil gigil mcm parkinson...

bila nak abes belajar, ada satu petang tu tetiba ujan...atok ni bole jalan belakang gerai2 sambil pegang payung dan takde gigil pon...pastu siap senyum bila ade orang perasan yang dia peminta sedekah

sedih gila bila ade orang meraih simpati cara mcm ni
Quote mbhcsf 28-7-2012 09:13 PM
well... this sounded  so  familiar , like one of  many mr  sherlock Holmes  adventure stories -  The man with the Twisted lip .

Quote bolat-bolat 28-7-2012 09:15 PM
Sekali sekala kita kena keraskan hati..mendermalah pada mereka yang benar-benar memerlukan..
Quote kojak 28-7-2012 09:24 PM
bg aku peminta sedekah ini menjalankan "pekerjaan" dia. Pekerjaan hasil dari kesusahan dan kesengseraan hidup yg orang lain tak nampak. Hasil duit dari rakyat malaysia yg prihatin, kadang2 mereka mendapat hasil yg lumayan, namun bg aku itu adalah rezeki mereka. Meminta sedekah dgn pakaian comot serta lakukan memerlukan kekuatan kental utk tahan malu. Dalam dunia ini, tak banyak yang dapat menikmati taraf hidup yg baik atau mewah. Pada yang bekerja, atau menjadi peniaga, apa jua rezeki yang di dapati itu adalah rezeki masing2. Dalam dunia ini, semua org mempunyai pekerjaan mereka untuk mencari sesuap nasi, dan hasil dari setiap pekerjaannya itu adalah pemberian dari tuhan. Dalam hal ini, saya tidak melihat ia melakukan jenayah spt mencuri atau merompak. Pada yang mempunyai pandangan yang bijak atau tidak mahu tertipu, buleh sahaja mengelak untuk memberi kpd mereka, dah lebih baik habiskan dengan membeli VCD lanun atau mendownload gambar atau lagu secara free tanpa perlu membayar sesen pun kpd yang berhak. Pada yang merasakan dalam hidup mereka ingin membantu atau menghulurkan seringgit kpd mana2 individu atau mana2 badan adalah bg saya dipersilakan. lagi pun menderma 1 ringgit kpd sesiaap sahaja adalah tidak luak kerana saban hari rata rata diantara kita membayar tol lebih daripada itu, malah ada yg mengeluarkan modal beratus untuk bermaksiat dgn bohsia, atau affair dgn sesiapa diluar sana, malah banyak menghabiskan masa ber chatting atau berbual kosong walaupuin anda tidak dibayar oleh kompeni untuk berbuat demikian. Pengemis juga manusia, layan sewajarnya. dan jika tidak mahu berkeliaran, pihak berkuasa patut mengeluarkan apa2 jua dekri atau menguat kuasakan undang2 spt apabila nampak pengemis maka harus ditembak seperti aning sbg mana majlis2 bandaran menembak mati anjing2 pariah tepi jalanan kerana pengemis itu telah meraih keuntungan yg besar dari rakyat malaysia itu sendiri.
Quote poison_paradise 28-7-2012 09:25 PM
Ala takat singgit je..kalau die tipu, itu urusan die dgn tuhan...lainlah die tipu rm100 mcm infinity downline tu haA
Quote kojak 28-7-2012 09:40 PM
Derma ialah pemberian ikhlas dari kita. Dema juga ialah sesuatu yg bukan dipaksa. Jadi sesiapa yg ingin menderma, silakan sahaja tanpa memikirkan apa disebaliknya. Tipu atau tidak itu urusan dia dgn tuhan selepas mati. semasa hidup ni, elok saja kita yg berpendapatan kecil ini menderma dgn cara sebegini, samada ke pengemis, badan2 charity, mesjid, rumah kanak2 yatim dll.. Kita tak mampu utk menderma dlm jumlah yg besar atau mewujudkan sendiri tabung charity atau yayasan spt mana yg dilakukan oleh Bill gates dll, maka eloklah jika seringgit dua pemberian kita dapat membantu org lain, hatta memberikan sebuku roti kpd seekor ibu anjing jalanan yg menyusukan anaknya. Pendapatan pengemis itu adalah rezeki dia, tuhan yang berikan. walaupun mereka menipu, ttp kita mempunyai pilihan untuk memberi atau tidak. bayangkan pula negara spt kemboja, yg mana purata pendapatan mereka dlm setahun harnya berapa ratus dollar saja, maka saya anggap apa yg mereka dapat itu adalah rezeki mereka.
Quote Acong 28-7-2012 09:56 PM
kojak posted on 28-7-2012 09:40 PM
Derma ialah pemberian ikhlas dari kita. Dema juga ialah sesuatu yg bukan dipaksa. Jadi sesiapa yg in ...

ko harus juga ikhlas utk menyelamatkan 'pengemis' drpd menjadi bahan bakar neraka.....!
Quote dragger 28-7-2012 10:31 PM
membe aku driver teksi part time.. dia penah pikap pengemis (buta) ni dari rumah die ke destinasi yg dia nak tuju,, sanggup bayar lebih tu.. lebih daripada meter asal teksi.. membe aku pun pelik gak.. byk betul duit dia nie.. mmg patut pun pengemis ni dpt income byk..

org laen keje susah2.. dia relax je dok buat muka kesian minta derma.. berkat ke tak rezeki dia tu.. wallahualam..
Quote fredbok87 28-7-2012 11:48 PM
tkpa..sedekah jek... ganjaran Allah lebih bernilai... dripada sehengget dua kita bagi tu...

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.218117 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top