CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tema Mesyuarat PIBG Berbaju Pink, Dato' Vida Berang Dituduh Cuba Jual Produk

17-2-2016 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 16989| Komen: 109|Original author: obelisk

Description: kelainan pada surat tersebut yang disertakan tema pakaian untuk mesyuarat tersebut....


Oleh Fyruz Hanna

KELANTAN - Minggu lalu, surat edaran untuk ibu bapa menghadiri mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke -35 tiba-tiba sahaja menjadi viral di facebook.

Mana tidaknya, apabila kelainan pada surat tersebut yang disertakan tema pakaian untuk mesyuarat tersebut.


Seperti gambar di atas, mesyuarat tersebut dihadiri oleh Datuk Seri Vida atau Hamizah binti Othman yang sememangnya terkenal dengan jenama Qu Puteh.

Mesyuarat PIBG bagi Sekolah Kebangsaan Kamil 1 diadakan hari ini dan terdahulu ia mendapat perhatian presiden NUTP, Hashim Adnan yang menasihati Datuk Vida supaya tidak mengganggu pengajaran sekolah.

Menurut Hashim lagi, sekolah merupakan institusi bagi pelajar menimba ilmu dan ia tidak wajar digunakan sebagai medan mempromosi produk kesihatan.

Namun menurut portal wowberita, Datuk Qu Puteh itu berang apabila dituduh cuba mempromosikan produknya.

"Sekolah bukan medan saya untuk promosikan produk yang saya jual. Saya sudah ada 500 outlet yang memasarkan produk saya. Saya juga guna iklan di televisyen untuk mempromosikan produk saya, katanya sewaktu mengulas kenyataan presiden NUTP.

Tambah Datuk Vida lagi, sebagai bekas guru dia juga mengetahui batasan semasa berada di sekolah.

"Saya pun pernah bergelar guru suatu ketika dahulu, jadi saya tahu ada peraturan yang perlu dipatuhi apabila melibatkan sebarang aktiviti di sekolah." keluh Datuk Vida.

Tak mahu keruhkan lagi keadaan, dia membuat keputusan untuk tidak menghadiri jemputan tersebut.

"Kalau dah timbul isu sebegini, nampaknya saya terpaksa lupakan jemputan tersebut.Saya tak mahu perbesarkan," katanya. -CARI Infonet.

sumber:wowberita,siakapkeli

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 16-2-2016 03:17 PM
Vida nak buat mcm ne boleh... Tapi sekolah swasta yg 100% harap bantuan ibubapa... Or sekolah persendirian Cina !!!
Quote revolusi_30 16-2-2016 03:18 PM
Tapi sponsor tu harap lebih dari sponsored tauke2 cukong la.  lol
Quote revolusi_30 16-2-2016 03:20 PM
Cukong2 yg selalu biaya sekolah persendirian pun xda naik sheikh mcm ne... Ne baru dijemput rasmi majlis dah over.  lol
Quote mzzenma 16-2-2016 03:22 PM
mzz tak faham. kenapa meeting pibg sekolah kena ada dv ni?
anak dia sekolah situ ke apa?
Quote shernazz 16-2-2016 03:23 PM
bukan semua orang boleh pakai baju pink
kalau hensem cm anuar zain ke, fadlan hazim ke...ok la
nazim kimchi othman pon ok juga pakai baju pink
Quote anisania 16-2-2016 03:24 PM
boleh tak memula i baca.. kejadahnye si dato vida ni rasmikan sekolah tamil.. rupanye nama sekolah tu sekolah kamil...

btw.... agak pelik di situ bilamana org yang rasmikan pibg adalah tauke kosmetik.. bukan selalu orang orang tinggi dari pejabat pendidikan daerah kat situ..koman koman ahli parlimen kat situ..

ke anak dato vida ada blajar kat situ..
Quote ffbeauties 16-2-2016 03:24 PM
Sampai begitu sekali besarnya kuasa duit.
Sekolah pon boleyyy
Quote brown_pupil 16-2-2016 03:24 PM
Doc Vida ni sponsor sekolah tu ker sampai nak kena ikut protokol bagai?? Setakat merasmikan ajer kan..
Quote exclusive_vvip 16-2-2016 03:28 PM
haippp...jgn hencap dato vida...nanti acik2 gegarveganza sentap....

larikkkkkkkk
Quote delawang 16-2-2016 03:32 PM
Jgn ganggu sekolah kak oii... unless sekolah yg ko bukak sendiri..
Quote dewimalam78 16-2-2016 03:37 PM
Taktik guru besar jemout dr vida supaya dr vida bole jd ahli seponsor seumur hidup sekolah tu kot.
Quote imransulaiman 16-2-2016 03:40 PM
Apasal tandatangan guru besar tu macam lucah?
Quote beldandy 16-2-2016 03:42 PM
muak dah aku dgr pasal dr. vida ni
kesahnya aku walau dia kaya raya sekalipun
Quote Lollipop111 16-2-2016 03:44 PM
klu betul, mmg dh level psycho dan obsesif lampau dh nh...
Quote pehbedah 16-2-2016 03:53 PM
panggil acik vida ni rasmi penutupan untuk tarik mak pak dtg sekolah mesyuarat lee tuu..memang sedia maklum kalo mesyuarat PIBG saja kedatangan makpak memang sendu ya amat...sebenarnya perasmian tak kisah nak panggil sape pun selalu panggil org yg ada nama lahh..senang nak mintak derma.....kat tempat aku  ni tahun sudah D S Liow Tiong Lai datang rasmi mesyuarat PIBG...mana ada anak menteri kat sekolah ni punn..aku duduk baris depan....tapi kalo siap nak bertema bagai memang batak arr..
Quote cucuq 16-2-2016 03:54 PM
erm mula2 rasa dr vida ni bagus tpi lame2 erm macam meluat plak..semuanya kuasa duit..
Quote LuLu^Lost 16-2-2016 03:54 PM
Dia buat apa plak kat sekolah tu. Haha
Quote delsmomm 16-2-2016 03:58 PM
imransulaiman replied at 16-2-2016 07:40 AM
Apasal tandatangan guru besar tu macam lucah?

cepat2 taw iol scroll atas nak tgk tandatangan cikgu tu..

mmg kelihatan agak lucah di situ..
Quote haryatie 16-2-2016 03:58 PM
org ada duit..byk ler karenahnya
yg guru besar sekolah pun ikut rentak dia da kenapa
ke cikgu2 pun terlibat nk berniaga mcam2

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.078077 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top