CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bina Rumah Kontena Tanpa Terikat Pinjaman Bank 30 Tahun" - Azree

17-2-2016 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 31526| Komen: 74

Oleh Izzah Abbasy

Krisis ekonomi hari ini mematahkan niat individu dan mereka yang telah berkeluarga untuk memilki rumah sendiri. Pinjaman pasti sukar diterima pihak bank apabila individu sudahpun mempunyai pinjaman kereta dan lain-lain.

Namun, berbeza dengan Muhamad Azree Abdul Rahim, 26 anak muda yang menjadi viral setelah menikmati hidup dengan caranya iaitu membina rumah kontena tanpa sebarang pinjaman.


Beliau menjumpai sebidang tanah pertanian pegangan bebas 2,400 kaki persegi di Kampung Sijangkang dengan harga RM35,000. Lokasinya 25km dari Shah Alam, tempat kerja Azree ketika itu.

Keputusan beliau untuk membangunkan rumah kontena diambil setelah membuat bacaan dan kajian mendalam.

“Saya tak mahu menyewa lagi. Sudah bertahun saya menyewa bilik dalam rumah yang tak seberapa, saya kira dalam berbelas ribu Ringgit sudah habis"

Azree mengamalkan konsep pembinaan lestari dalam membangunkan rumah kontenanya dengan mengelakkan pembaziran dan menggunakan semula apa yang boleh.     

Rumahnya dibina menggunakan lebihan bahan daripada projek pembinaan seperti kepingan zink, wayar, simen, kayu dan tandas terpakai.     


Rumahnya juga dilengkapi dengan perabot pelbagai kegunaan. Kerusi sofa, misalnya, telah digantikan dengan kerusi kereta terpakai. Meja makan juga digunakan sebagai meja “study” dan boleh dilipat ke tepi.

Azree, yang masih belum berpunya, juga membuat roti dan menjahit langsir rumahnya sendiri serta memasak menggunakan sayur-sayuran dan herba yang ditanamnya sendiri di kebun di luar rumahnya.

“Pada saya, hidup ini sudah cukup mewah. Saya memiliki segala yang diperlukan tanpa terikat dengan pinjaman rumah 30 tahun. Itu sudah cukup baik bagi saya.”


Di New Zealand, selepas gempa bumi di Christchurch yang telah mengorbankan ramai nyawa, konkrit bukan lagi pilihan untuk kegunaan pembinaan. Ia berat dan mampu menghancurkan. Kayu juga bahaya kerana risiko kebakaran. Maka mereka memilih untuk menggunakan kontena terpakai dalam membuat rumah dan juga pusat membeli-belah.

*Sesiapa yang mempunyai tanah sendiri, boleh berkira-kira untuk membuat rumah kontena ini tanpa perlu berbelanja di luar kemampuan dan melakukannya tanpa mengikat diri dalam pinjaman rumah 30 tahun. Contohilah Saudara Azree. - CARI Infonet




Kredit Foto : Google



25

Bagus
10

Marah
18

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-2-2016 12:54 PM
Ok le tu buat dari kontena pun rumah sendiri tak perlu menyewa
Quote khairulazuan 17-2-2016 12:55 PM
kreatip






Quote kentel 17-2-2016 12:58 PM
@harkktuih ke nih??
Quote harkktuih 17-2-2016 01:06 PM

iols menumpang bwh jembatan diraja klang sajerr..
Quote sabar_sabariah 17-2-2016 01:39 PM
yg aku tau ituhari dia buat rumah yg kaler biru tu. skang dia dah renovate rumahnya, tambah kontena lagi ek? wah!!! besar betul!!
Quote manjalara_01 17-2-2016 02:24 PM
sabar_sabariah: yg aku tau ituhari dia buat rumah yg kaler biru tu. skang dia dah renovate rumahnya, tambah kontena lagi ek? wah!!! besar betul!!


ade youtube video x?...nk jgk tgk kat dlm rumah tu
rupenye mcm mana...

sronoknye puas hati dpt rumah sebijik...xyah nk stress2 psl loan ratus riban..
utk yg mampu tu xde hal..la..tp yg x mampu mcm mana?....

cume downsidenye byk guna keringat sndiri.. setahu i rumah container ni semua kena buat sndiri...
sumber air..kena collect..tangki najis..kena settlekan sndiri...tenaga eletrik..guna solar ke bateri ke..ntah ape lagi..
i pun x brape paham...huuhuh....
Quote azie5zoe 17-2-2016 02:40 PM
sabar_sabariah replied at 17-2-2016 01:39 PM
yg aku tau ituhari dia buat rumah yg kaler biru tu. skang dia dah renovate rumahnya, tambah kontena  ...

masa hakak lalu depan rumah dia dulu pun masih kontena warna biru lagi..sekali dia dah tambah lg cantik...

Quote azreeceli 17-2-2016 02:48 PM
sabar_sabariah replied at 17-2-2016 01:39 PM
yg aku tau ituhari dia buat rumah yg kaler biru tu. skang dia dah renovate rumahnya, tambah kontena  ...

ya betul, ini saya azree ownernya masuk bertanding ke cari
Quote azreeceli 17-2-2016 02:49 PM
manjalara_01 replied at 17-2-2016 02:24 PM
ade youtube video x?...nk jgk tgk kat dlm rumah tu
rupenye mcm mana...

ini dia playlist semua video2

https://www.youtube.com/playlist ... RROmVIIO1SY5rhbUOLu
Quote kentel 17-2-2016 02:55 PM
harkktuih replied at 17-2-2016 01:06 PM
iols menumpang bwh jembatan diraja klang sajerr..

da tengok bidio dia? mcm kiut
Quote prettyuglybabe 17-2-2016 03:01 PM
bagus la...

Quote harkktuih 17-2-2016 03:03 PM
kentel replied at 17-2-2016 02:55 PM
da tengok bidio dia? mcm kiut

yg kiut rumah atau aper?
Quote kentel 17-2-2016 03:06 PM

tuannya lahhh...haiyoooo

[youtube]PJBpoye-zrI[/youtube]
Quote sabar_sabariah 17-2-2016 03:23 PM
azreeceli replied at 17-2-2016 02:48 PM
ya betul, ini saya azree ownernya masuk bertanding ke cari

ya ke ni si azree rumah kontena????  tp tadi ada jln2 kat blog rumah kontena si azree tp belum ada update pasal rumah barunye tu. sibuk renovate kata nya. anyway, at least bagi aku idea nak wat rumah. aku pun terfikir nak buat rumah camni sementelah bapak aku tukang, dpt jimat sket. ngah kumpul duit nak beli tanah.
Quote prettyuglybabe 17-2-2016 03:28 PM
kentel replied at 17-2-2016 02:55 PM
da tengok bidio dia? mcm kiut

tu owner dah masuk.. apa lagi
Quote kentel 17-2-2016 03:29 PM
prettyuglybabe replied at 17-2-2016 03:28 PM
tu owner dah masuk.. apa lagi

kite malu momod
Quote prettyuglybabe 17-2-2016 03:32 PM

ewahhhh... ntah-ntah dah panjang berbalas pm
Quote CARI-IIN 17-2-2016 03:37 PM
Edited by CARI-IIN at 17-2-2016 03:38 PM
azreeceli replied at 17-2-2016 02:48 PM
ya betul, ini saya azree ownernya masuk bertanding ke cari

Oh, tak sangka Saudara Azree pun forumer. Sudi tak ditemubual oleh wartawan CARI?

Quote azreeceli 17-2-2016 03:38 PM
CARI-IIN replied at 17-2-2016 03:37 PM
Saudara Azree ada dalam forum ke? Sudi tak ditemubual oleh wartawan CARI?

boleh saje, contact sy di fb/azreeceli

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.158074 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top