Oleh Adib ZA Pendedahan penyanyi Farahdhiya sememang mengejutkan apabila dia berkata, hampir terpedaya dengan ejen pelacuran.
Individu yang menyamar sebagai Ally Iskandar dikatakan mulanya menawarkan kerja sebagai pengacara. Kemudian ada sesuatu yang membuatkan Farahdhiya berasa tak sedap hati tentang lelaki itu. "Saya ingin berkongsi kejadian yang berlaku pada saya sebelum ramai lagi tertipu. Tiga bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana pernah beberapa kali bekerjasama, saya memberikan nombor telefon peribadi. "Dia kemudian menghantar mesej di WhatsApp beberapa kali untuk menawarkan kerjahosting. Pada mulanya tiada masalah, semua perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu membuatkan saya ada berasa ragu," ujarnya.
"Ally palsu itu menawarkan extra job selain hosting dengan harga RM30,000 dan RM140,000. Awak boleh baca di gambar apa yang mereka tawarkan. "Ia sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir mana yang betul dan tidak," ujarnya lagi. Farahdhiya berkata dia telah menghubungi Ally yang 'sebenar' dan tak mahu kejadian sama berlaku kepada artis lain. Dia berkata akan membuat laporan polis berkenaan hal ini. - CARI Infonet Sumber berita: Mstar Online
|
18
Bagus |
8
Marah |
17
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
barfi replied at 22-2-2016 12:00 PM
Knp kalau saya buka benang ulangan, cepat2 org panggil momod minta katup.
Tapi yg dia ni buka ben ...
ADVERTISEMENT