Oleh Izzah Abbasy
Kejadian yang berlaku di Farmington, Amerika Syarikat ini selepas seorang wanita terkejut apabila menemui kepala ular di dalam tin kacang hijau yang dibelinya di sebuah pasar raya. Dikenali Troy Walker, dia menemui kepala ular itu ketika membuka tin kacang hijau berkenaan untuk dijadikan hidangan makan malam pada Rabu lalu. Katanya, dia pada mulanya berasa pelik apabila melihat satu objek berwarna hitam ketika menuang kacang hijau berkenaan di dalam pinggan. “Ia kelihatan seperti kacang yang hangus terbakar. Saya kemudian mengambil objek itu dengan sudu dan terkejut apabila melihat ia mempunyai mata. “Saya terus menjerit dan melepaskan sudu yang mengandungi objek berkenaan,” katanya. Menurutnya, dia lebih terkejut apabila rakannya yang datang membantu memberitahu objek itu adalah kepala ular yang dipotong. “Saya terus membuang semua kacang berkenaan dan membawa tin kacang hijau serta kepala ular itu ke pasar raya untuk membuat aduan. - CARI Infonet Kredit : HMetro
|
12
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spenderterselit replied at 22-2-2016 11:33 AM
Sory kalo soalan nmpk bengong tapi barang2 makanan tin macam ni deme proses by machine sebab banyak2 ...
prettyuglybabe replied at 22-2-2016 11:26 AM
us relax je bagitau brand company apa yang buat hal..
kalu malaysia, jumpa sekor ular terus pun sam ...
ADVERTISEMENT