CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumput Kering Menyerang, Tenggelamkan Rumah Dan Kereta

22-2-2016 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12864| Komen: 51

Oleh Izzah Abbasy



Pasti menjadi tanda tanya apabila rumput kering boleh muncul di hadapan rumah dan menutupi pandangan sedangkan kita sendiri tidak menanam rumput serta tiada pula rumput yang tumbuh di situ. Bukannya sekali, tetapi berulang kali.

Kejadian ini berlaku di Sydney apabila ‘Tumbleweed’ atau rumput kering yang bergolek menyebabkan bandar Wangaratta, utara Victoria di Australia, hampir lumpuh apabila memenuhi laman rumah hingga menenggelamkan kereta serta menyebabkan pintu tidak boleh dibuka.


Kejadian ‘serangan’ rumput kering bergolek itu bukan perkara baru kepada mereka kerana ia berlaku setiap tahun ketika musim panas namun kali ini agak luar biasa kerana jumlah rumput itu terlalu banyak memenuhi laman depan dan belakang serta jalan hingga menenggelami kereta.


Penduduk bandar yang terletak 250 kilometer dari Melbourne itu menghabiskan berjam-jam membersihkan rumput berkenaan menggunakan pencakar atau mesin peniup daun.

Penduduk, Jordan Solimo, berkata dia tidak boleh membuka pintu belakang sebelum menyedari ia terhalang oleh ribuan rumput berkenaan.

“Biasanya saya menunggu ia dibawa angin atau membersihkannya sendiri sebelum serangan baru berlaku,” katanya. - CARI Infonet

Kredit : HMetro

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reeny 22-2-2016 11:09 AM
dari mana dtgnya rumput2 kering tu??? banyak betul..
Quote mokcikKSKB 22-2-2016 11:34 AM
Mesti menyumpah dlm hati je acik angeline jollybee tu
Quote mesmerize 22-2-2016 11:44 AM
hahahha jenuh la nak memungut nya
kalau kat northern hemisphere penuh salji
dia kat southern hemisphere penuh rumput kering je
Quote kucen_miang 22-2-2016 12:05 PM
salsola spesis yg menghasilkan tumbleweed bila kering



ada spesis yg cantik sblom kering



macam rosemary pun ada, kucen patahkan seranting tp tak berbau



rosemary




Quote kucen_miang 22-2-2016 12:08 PM
dah kering hazab


Quote missDollie 22-2-2016 12:10 PM
Ooo..baru ku tahu...
Quote Ipo 22-2-2016 12:17 PM
wow...menakjubkan...dah kering..gitu jadinya..'menyerang' plak..

ada yg cantik jugak ya...

Quote taji2906 22-2-2016 12:36 PM
bahaya kalau ada terbakar je.. kejap abis semua disambar... lagi2 musim kering ni
Quote chinta89 22-2-2016 12:37 PM

dasatnye!
Quote helle 22-2-2016 12:39 PM
Kalau ade budak2 main api..abis la..hangus semua
Quote Artemesiaa 22-2-2016 12:51 PM
Wow banyaknya jenuh nak bersihkan
Quote krustykrab 22-2-2016 01:13 PM

kiutnya tengok rumput tergolek2 kat jalan

Quote Themilo 22-2-2016 02:08 PM
taji2906 replied at 22-2-2016 04:36 AM
bahaya kalau ada terbakar je.. kejap abis semua disambar... lagi2 musim kering ni

the appropriate way to dispose kekdahnya sis

bako jek
Quote kemaruk 22-2-2016 02:12 PM
mmmm cantiknya tulisan iin
Quote sukacactus 22-2-2016 02:14 PM
Dl tgk tv citer cowboy, banyak la rumput ni bergolek2
Quote kucen_miang 22-2-2016 02:37 PM
Artemesiaa replied at 22-2-2016 12:51 PM
Wow banyaknya jenuh nak bersihkan

parking kat market, keluar2 dah tertimbus. jenuh nak kirai2 carik kereta.


Quote kucen_miang 22-2-2016 02:41 PM
taji2906 replied at 22-2-2016 12:36 PM
bahaya kalau ada terbakar je.. kejap abis semua disambar... lagi2 musim kering ni




tornado semasa tumbleweed on fire


Quote MeghanK 22-2-2016 02:46 PM
kucen_miang replied at 22-2-2016 02:37 PM
parking kat market, keluar2 dah tertimbus. jenuh nak kirai2 carik kereta.

time ni mesti panik cari kereta tak jumpa
Quote pasuoren 22-2-2016 02:48 PM

terima kasih penjelasan..
baru tau..
daun kecik ni selalu nampak dalam tv bergolek golek atas jalan time panas..

tak sangka pulak boleh jadi bencana alam..



Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053311 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top