Oleh : Dean BZ
Fiji, negara di perairan Oceania dalam keadaan berjaga-jaga di saat taufan Siklon melanda Sabtu lalu. Seluruh rakyat Fiji dilarang keluar rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Taufan Siklon Winston dipercayai akan melalui dua pulau yang mempunyai populasi tertinggi di Fiji. Perdana Menteri Frank Bainimarama memperingatkan warga Fiji supaya menyiapkan diri atas peristiwa yang disifatkan mengerikan itu. Para pengkaji cuaca juga mengatakan bahawa akan ada kemungkinan taufan itu akan melanda ibu kota. Winston merupakan siklon paling kuat pernah direkodkan di Hemisfera Selatan. Taufan itu membinasakan beratus-ratus kediaman, merosakkan infrastruktur dan memaksa penduduk yang ketakutan untuk berlindung di pusat-pusat pemindahan.
Ramai pelancong asing mula meninggalkan Fiji semalam selepas angka kematian akibat Siklon Winston meningkat kepada 20 orang. Seorang pelancong dari Melbourne memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia bahawa dia mendengar pokok-pokok tercabut dari tanah ketika berlindung daripada Siklon Winston di dalam sebuah hotel di pulau utama Fiji, Viti Levu. “Saya tidak pernah mendengar desiran angin sekuat ini. Ia amat menggerunkan,” katanya. "Winston adalah raksasa dari angin taufan, saya belum pernah mengalami situasi seperti ini dalam hidup saya" kata seorang warga Fiji, Nazeem Kasim, kepada CNN. - CARI Infonet. |
6
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
12
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT