Oleh Fyruz Hanna Tarikan tidak asing untuk warga Pulau Pinang adalah cendol maklum. Harap maklum ya, cendol ini terletak di Seberang Perai yang dijual di sebuah gerai kecil di perkampungan Maklom. Cendol memang terkenal sejak tahun 1940-an lagi dan digilai kerana gula merah dan juga tepung yang berjalur hijau ini.
Kata orang sekeliling, cendol maklum ini lain daripada lain sebab ianya menggunakan bahan-bahan segar setiap hari. Selain cendul, juga terdapat laksa, karipap sardin, pulut panggang dan apam balik buat mereka yang ingin lepak santai di sini. -CARI Infonet. |
putehkundor replied at 24-2-2016 03:55 PM
Yg macam fishcake tu apa? Tempeh ke nak?
ADVERTISEMENT