CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Khidmat Cemerlang Pegawai JPJ Yang Wajar Dicontohi

25-2-2016 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8963| Komen: 26



Oleh : TS LOO

Apabila bercakap pasal jabatan kerajaan, lazimnya rakyat Malaysia akan memberi komen yang berunsur negatif seperti ' kena tunggu lama' , 'kualiti perkhidmatan yang kurang mesra dan banyak lagi. 


Tetapi, baru-baru ini tersebar luas beberapa gambar di dalam laman sosial Facebook yang menunjukkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) secara khususnya keluar dari kaunter kerjanya dan mencangkungkan dirinya di tepi sebuah kereta milik seorang wanita yang kurang upaya semata-mata untuk memberi khidmat kepada wanita berkenaan. Tindakan murni pegawai JPJ tersebut menerima pujian di kalangan netizen.



Seorang netizen bernama Lim Tang Sin dalam laman facebooknya memberitahu, pagi Rabu lalu, dia membawa kawannya yang merupakan seorang OKU ke pejabat JPJ yang bertempat di Batu Uban, Pulau Pinang untuk menjalankan urusan penukaran nama hak milik kereta. 



" Disebabkan kawan saya mengalami masalah pergerakan di bahagian kaki, setelah berbincang dengan pegawai JPJ yang bertugas, salah seorang pegawai yang bernama Suhaidah menyuruh saya memandu kereta ke depan pintu masuk lobi, lepas itu dia berjalan keluar untuk membantu kawan saya menguruskan penukaran hak milik kereta di tepi kereta saya."



Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, jelas kelihatan Suhaidah menjalankan tugasnya secara mencangkung sepanjang masa. 

Lim Tang Sin turut beritahu, walaupun Suhaidah gagal dalam usaha meletakkan cap ibu jari kawannya setelah cuba banyak kali tetapi dia masih dengan penuh kesabaran dan bersifat mesra sambil berulang kali cuba sehingga berjaya melakukannya, keseluruhan proses itu mengambil masa kira-kira 20 minit. 



" Atas persetujuan Suhaidah, saya mengambil gambarnya ketika membantu kawan saya dan sengaja saya memuatnaik dalam laman facebook agar dapat menarik perhatian orang ramai terhadap khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh pegawai JPJ berkenaan. 


Pastinya berharap juga semua pegawai di jabatan kerajaan seluruh negara dapat mencontohi kesanggupan Suhaidah dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik. 

Pada masa yang sama juga dapat mengubah persepsi negatif bagi kebanyakan rakyat negara ini terhadap jabatan kerajaan. 


Lim Tang Sin dalam penghujung catatannya mengatakan : " sebelum kami beredar dari pejabat JPJ itu, pegawai di kaunter memberikan saya dua nombor talian 04-6564131/ 04-6564151, dan memesan pada saya, lain hari sekiranya ada sesiapa yang merupakan warga kurang upaya yang ingin berurusan dengan JPJ, bolehlah menghubungi mereka. 


Pihaknya akan menghantar pasukan khidmat JPJ secara bergerak akan datang ke rumah individu berkenaan untuk membantu menguruskan apa saja berkaitan dengan urusan JPJ."

 
Catatan yang dimuat naik itu menerima hampir 3000 orang memberikan 'like' dalam masa hanya dua hari sahaja, rata-rata orang memuji dan memberi pengahrgaan yang tinggi ke atas perkhidmatan yang dilakukan oleh Suhaidah.- CARI Infonet


3

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skyreds 25-2-2016 01:46 PM
wajar di jadikan contoh ...
Quote manjalara_01 25-2-2016 02:02 PM
kalau berita yg baik2...sendu je thread...
cer kalau topik masalah sosial....ahahhaa...
Quote BosGaurus 25-2-2016 02:31 PM
Err kalau maki hamun jpj ramila yg tumpang mengutok tok tok tok
Quote iznanaziz 25-2-2016 04:41 PM
tahniah, wajar dicontohi, tidak mengira bangsa dan agama.



Quote mattzzx 25-2-2016 06:13 PM
terbaik akak JPJ....
Quote qronaldo7 26-2-2016 11:06 AM
aku setuju org camni diberi ganjaran setimpal.

yg kurg produktiviti mohon dipertimbangkan pencen awal
Quote ira79 26-2-2016 12:09 PM
qronaldo7: aku setuju org camni diberi ganjaran setimpal.yg kurg produktiviti mohon dipertimbangkan pencen awal


setuju!!
Quote ms_furby 26-2-2016 12:15 PM
dia lupa pakai kasut tutup..huhu..uniform cantik dah..
Quote SitiRopeah 26-2-2016 02:06 PM
ms_furby replied at 26-2-2016 04:15 AM
dia lupa pakai kasut tutup..huhu..uniform cantik dah..

Dah dia dari dalam kaunter.. sempat pulak pikir nak sarung kasut.. kalau berkaki ayam pun boleh je buat kerja kan? Ke dia kena menaip dengan tumit kasut?
Quote SitiRopeah 26-2-2016 02:09 PM
Bagus akak ni. Dan bagus juga sistem jpj yang portable tu. Even sekarang kalau apply my eg pun, bila dia hantar kita punya road tax tu, dia akan bawak alat untuk verify ic kita.
Aku puji jugak budak my eg tu..
"Fuiyoh... canggih noh teknologi sekarang.."
Sengih2 je adik tu. Mesti dia ngata dalam hati "jakun(peghak) ke apa minah ni?"
Quote BelovedTaeyeon 26-2-2016 02:38 PM
Semoga Allah SWT merahmati akak sekeluarga.
Quote BelovedTaeyeon 26-2-2016 02:40 PM
manjalara_01: kalau berita yg baik2...sendu je thread...cer kalau topik masalah sosial....ahahhaa...


Hahaha...

Sebab manusia ramai yang berpenyakit hatinya.
Quote Artemesiaa 26-2-2016 05:20 PM
Bagus akak ni zaman sekarang tak ramai pekerja yg sanggup memberi khidmat sebegitu
Quote rosasen 26-2-2016 09:13 PM
yang baik harus diberikan pujian...bravo kak!
Quote kyleril 27-2-2016 01:10 AM
benda bagus kena la promote...bukan semua nak promote benda xbagus ja
Quote yayangmama 28-2-2016 04:08 PM
wah...thumbs up....
Quote ratna 29-2-2016 11:32 AM
skang ni pn..jpj selalu buat prog..buka kaunter bayar saman..sambung lesen..etc..
pada hari cuti...so..xleh guna alasan keje lg dah..

jpj...

Quote JpA0606 29-2-2016 11:39 AM
   Bagus Kak JPJ
Quote taksukapeanut 29-2-2016 12:21 PM
bravo kak jpj.. tindakan yang patut dapat pujian.. masih lagi sabar dan tersenyum walau dah hampir 20 minit cangkung.. hehe

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.085274 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top