CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki India Ini Sanggup Pakai Pad Demi Hasilkan Pad Terbaik

2-3-2016 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 9273| Komen: 19


oleh Fyruz hanna

Isterinya pernah meninggalkannya hanya kerana dia yang obses untuk menghasilkan tuala wanita terbaik untuk isterinya.


Semua bermula pada tahun 1998, apabila Arunachalam Muruganantham melihat isteri yang dinikahi tak mampu membeli pad kerana mahal dan dia hanya melihat isterinya menggunakan kain buruk.


Dari situ datang idea untuk mereka pad khas untuk isteri tersayang. Di India sahaja, seramai 300 juta wanita tidak mampu mendapatkan pad ketika waktu mestrual.

Pad yang direka pada awalnya tidak menepat selera isterinya kerana material yang keras serta menyebabkan ia mengeluarkan bau yang tidak selesa. Pada pandangannya pasti jika isterinya tidak selesa, wanita lain juga akan turut merasa yang sama.

Kerana tekad, dia membuat penyelidikan tambahan namun subjek untuk diuji terbatas kerana isterinya hanya datang bulan sebulan sekali. Masa untuk menunggu juga lama.

Disebabkan itu,dia ke sekolah perempuan berhampiran dan meminta bantuan pelajar, namun respon daripada pelajar amatlah tidak menggalakkan sehingga dia digelar 'lelaki gila seks'.

Dari itu, dia tekad memakai sendiri pad yang direka dengan bantuan darah haiwan sebagai pengganti darah wanita.

Dia mengambil masa 2 tahun untuk menemui bahan yang tepat untuk pad dan kini die mereka mesin kos rendah bagi menghasilkan pad murah tersebut.

Walaupun dia dapat banyak tawaran dari negara luar untuk membeli mesin tersebut namun dia tidak akan menjualnya kepada orang luar.

Setelah berjaya, isterinya kini kembali dan percayakan suaminya. Tahniah! Jangan pernah putus asa.~ CARI Infonet.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-3-2016 04:16 PM
tak tercapai akalku itu yg dia nk reka..
Quote Themilo 2-3-2016 04:16 PM
gila jijik tak hygiene sungguh..

sanggup curah darah haiwan atas pad, pastu tepek kat celah kelengkang..

tak kena infection kah testikel beliau?
Quote CARI-SFG 2-3-2016 04:33 PM
Themilo replied at 2-3-2016 04:16 PM
gila jijik tak hygiene sungguh..

sanggup curah darah haiwan atas pad, pastu tepek kat celah kelen ...

jijik tu memang kita akan fikir jijik tp pikirkan dengan keazaman dielah.. dia telah buka alternatif 300 juta wanita india untuk tingkat hygiene. syabas untuk lelaki ni
Quote zameyla 2-3-2016 05:05 PM
tengok rumah dia pun macam bersih ja...tak macam rumah kat India yg lain..
Quote Artemesiaa 2-3-2016 05:26 PM
Tak ada gambar hasil rekaannya tu ke
Quote sharlenetexas 3-3-2016 02:42 AM
kt india sana, perempuan kena penyakit sbb guna kain yg tidak bersih utk ganti pad ketika haid. tak semua org mampu beli pad mcm kita ni. pujian utk pakcik ni sbb faham masalah wanita dan cuba cari alternatif lebih murah. cuma harapnya dia jaga kebersihan ketika jalankan eksperimen.
kokesen pulak ada yg masuk spital, lebih teruk lg mati disebabkan oleh pad dan tampon.
Quote CARI-SFG 3-3-2016 09:45 AM
Kak.Nah.Bosan: seluar dalam kat Giant 3 sepuloh ringgit ke tu. kot ya pun pakai lah spender mahal sikit nak masuk al jazeera


hahaha biar la dia... die rendah diiri
Quote Firehill88 3-3-2016 09:48 AM
usaha tangga kejayaan..
god job bro
Quote Firehill88 3-3-2016 10:19 AM
orang yang ada-ada kurang menghargai usaha bro ni..
maklumlah mampo nak beli pad or tampon..
teringat mak i yang pakai je kain batik pengganti pad masa dolu dolu..

Quote kucen_miang 3-3-2016 10:52 AM
CARI-SFG replied at 2-3-2016 04:33 PM
jijik tu memang kita akan fikir jijik tp pikirkan dengan keazaman dielah.. dia telah buka alternat ...

curah sirap jer tak leh ke...or maybe dia nak mengkaji kesan bau.
Quote CARI-SFG 3-3-2016 03:25 PM
kucen_miang replied at 3-3-2016 10:52 AM
curah sirap jer tak leh ke...or maybe dia nak mengkaji kesan bau.

mungkin kot.. sb biasalah darah memang akan keluarkan bau kureng sedap skit...



oh ya.. knp tak guna sirap? kalau lelaki ni kawan saya.. saya boleh bgtau pasal sirap ni.. tp die bukan kawan saya
Quote kucen_miang 3-3-2016 04:46 PM
CARI-SFG replied at 3-3-2016 03:25 PM
mungkin kot.. sb biasalah darah memang akan keluarkan bau kureng sedap skit...

bahaya gak tu guna sirap. siksa pensel kontot dia kena hurung ngan semut merah nanti.
Quote watie_na 3-3-2016 05:43 PM
Firehill88 replied at 3-3-2016 10:19 AM
orang yang ada-ada kurang menghargai usaha bro ni..
maklumlah mampo nak beli pad or tampon..
terin ...

sy dulu pun pakai kain batik je
tinggal dgn nenek
dia ajar mcm tu je la dah dia dulu pun pakai kain batik
Quote vionna007 4-3-2016 04:42 PM
bagus usaha dia tu....
Quote Suchi 4-3-2016 06:44 PM
tp bkn ke pkai kain lebih elok? sbb tu skrg ni ramai guna cloth pad.
rupa sebijik mcm pad tp diperbuat drpd kain dan blh dibasuh dan diulang pakai.
Quote blackvanilla 5-3-2016 06:38 PM
bagus dia ni. semalam baru tgk video
Quote bocorantogel 4-7-2017 02:41 PM
Jika ada yang mau merubah nasib melalui judi togel,ritual uang balik,pesugihan tanpa tumbal,dll silahkan hub,,,Aki jagad samudra di,,,085398722048 Atau klik http://dewatogel777.blogspot.com hanya kepercayaan dan keyakinanlah yang bisa merubah nasib anda menjadi orang sukses.
Quote Core 16-7-2017 07:31 PM
Di India, masalah tandas dan sanitary pad adalah masalah utama utk golongan miskin. Malahan ada NGO2 di sana yg focusnya hanya utk mengumpul dan mengagihkan pakaian asas termasuk pad untuk yg tidak berkemampuan.
Quote precious_chicas 22-7-2017 04:33 AM
wow...kira prihatin betul suaminya. beruntunglah.

err..btw, agak semacam juga dengan keobsesian nya tu. tp sebab ianya mmg bersebab, mmg thumbs up la!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.078018 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top