Oleh Izzah Abbasy
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? QS: 54. Al Qamar 17. Teks kiriman ini ditulis oleh seorang Hafiz yang baru tersedar ini sudah menjadi fenomena semasa. Inilah impian ramai ibubapa yang berpusu-pusu menghantar anak ke tahfiz kerana mahukan anaknya hafal al-Quran, tetapi? Jika dilihat hari ini semuanya inginkan anak-anak menjadi seorang yang berguna dan taat pada perintah agama. Tetapi jika terlalu memaksa sehingga tiada kerelaan hati dalam diri anak-anak, inilah yang jadinya. Mereka mungkin boleh menghafal dengan sebaiknya tetapi bolehkah perangai sebenar mereka dikawal? Ibubapa harus sedar akan keperluan 'bacaan dan hafazan sebenar' agar anak-anak benar-benar mampu menjadi HAFIZ SEBENAR untuk menjaga diri dan agama ini. Setiap kefahaman daripada bacaan yang dihafal itu mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Tetapi, jika luaran mereka lebih kepada ingin teroka syurga dunia? Hal tersebut harus diambil berat agar anak-anak ini tidak terkejut dengan dunia 'baru' mereka. Kita masih boleh 'telan' jika maksiat dilakukan oleh anak-anak yang memang diketahui nakal. Tetapi agak 'kelat' untuk menerima hakikat apabila maksiat dilakukan oleh golongan yang dipanggil 'hafiz' atau wanita bertudung labuh ini. Ironinya hal ini telah terlalu banyak terjadi di akhir zaman ini. Wallahualam. - CARI Infonet Kredit : Warga Prihatin
|
4
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
11
Sedih |
3
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 4-3-2016 09:47 AM
ada kt board mistik cite psl diri dia budak tahfiz tp ada addicted tgk porn..pempuan lak tu...
pa ...
ADVERTISEMENT