Oleh Adib ZA Sejak beberapa hari ini, sebuah rumah tradisional Melayu menjadi perhatian di laman sosial. Masakan tidak, lokasi rumah tradisional itu yang terletak di tengah-tengah kawasan pembangunan Kuala Lumpur sudah cukup membuat orang berasa takjub.
Dikenali sebagai Rumah Degil, ia berlokasi di Jalan Chow Kit dan telah berdiri di situ sejak berabad lamanya. Dilaporkan ia dibangunkan sekitar tahun 1926 dari satu kawasan yang lapang, sehinggalah dihimpit dengan bangunan pencakar langit.
Ia bukanlah satu berita yang baru, namun perkongsian di laman sosial baru-baru ini, lebih banyak memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan elemen yang boleh dipanggil warisan ini. Ia didiami oleh seorang nenek yang bernama Norma Manjawali yang telah tinggal di situ sejak lahir pada tahun 1932. Kini, Rumah Degil tiada lagi di Chow Kit, apabila ia telah diceraikan (bukan dirobohkan) satu persatu untuk tujuan pembinaan semula di lokasi lain. Ia dilakukan oleh satu pasukan, dipanggil 'Rumah Pusaka Chow Kit' atau RPCK yang menjadi badan yang secara sukarela berusaha memelihara warisan asli di Kuala Lumpur. Memetik laman The Vocket, RPCK bakal membina semula rumah itu selepas mendapat dana dan mengenalpasti tapak yang sesuai. Nenek Norma pula kini dilaporkan tinggal bersama anak perempuannya di Putrajaya. Semoga kisah yang sedikit tentang Rumah Degil ini membuka mata lebih ramai pihak tentang warisan yang harus dipertahan agar ia tidak mudah ditelan dengan pembangunan dan juga wang ringgit. - CARI Infonet Sumber: Facebook Rumah Pusaka Chow Kit
|
12
Bagus |
12
Marah |
16
Terkejut |
24
Sedih |
22
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missDollie: Tringat arwah tokwan aku bina rumah kampung..dia capture gambar satu per satu bila siap..Dari pacak tiang sampai La pasang tingkap..sayang nye rumah d ...
heritage tu..biar je kat situ,,bagi cantik cantik..
Nape lak nak diceraikan dan dicantumkan kat tpt baru, biar jelar kat situ. Nmpak sgt tpt asal ni nak diambil wat bangunan tinggi.
ipes2 replied at 3-3-2016 10:58 PM
heritage harus dijaga; kerana heritage lah kita boleh clain asal usul kita. bangsa lain tu, cara dep ...
HannahMontana replied at 15-5-2016 03:31 PM
mcm mana pula kalau org kata ko xmahu menerima perubahan , xmahu lebih maju dgn teknologi sekarang ...
ipes2 replied at 16-5-2016 01:58 AM
perubahan tu berbeza dari penjagaan warisan; jika train system masih tahun 60an, ha ini memang tak ...
jari10 replied at 17-5-2016 08:45 PM
Sadly..selama ini pun Malaysia bukannya serius menjaga dan memulihara warisan negara. :zz
HannahMontana replied at 17-5-2016 09:08 AM
xmenjawab soalan tp , boleh lahhhhhhhhhhhhh drp xjwb langsung .
thanks !
ipes2 replied at 18-5-2016 03:57 AM
negara negara maju semua menjaga heritage nyer, dan mereka sgt tinggi mutu persaingannya.. cuba tg ...
ADVERTISEMENT