Oleh Izzah Abbasy
Agak lama Lana Nodin menyepi setelah mendirikan rumah tangga dengan David McKenzie pada 15 Mei 2015 lalu di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Lana Nodin juga telah pun sah hamil setelah berkahwin namun sehingga ke hari ini, Lana tidak pernah berkongsi sama ada dirinya telah selamat bersalin atau pun tidak. Menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya, ada beberapa orang peminat yang memaklumkan melihat kelibat pasangan suami isteri ini di Singapura bersama seorang bayi. Kemungkinan besar bayi tersebut adalah anak Lana dan David. Terbaru, dia yang dihubungi oleh pihak radio tempatan menyatakan telah selamat bersalin pada pertengahan Januari lalu di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur namun merahsiakan hal itu atas permintaan suaminya. Lana Nodin juga akan menjemput dan memperkenalkan bayi mereka pada satu majlis akikah dan cukur jambul yang akan diadakan tidak lama lagi. Dalam kenyataannya di dalam sebuah akhbar , Lana menyatakan bahawa dia sudah selamat bersalin bayi perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie, dengan berat 4 kilogram. Tahniah diucapkan buat pasangan romantik Lana Nodin dan suami. Pasti comel seperti kedua ibu bapanya. Tak lupa, selamat berpantang Lana!- CARI Infonet
|
37
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
22
Sedih |
21
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wafeloren replied at 9-3-2016 10:42 AM
4kg??...mmg baka kokesen la ni
fifie_olin replied at 9-3-2016 10:41 AM
4kg??? not bad
january yeee
ADVERTISEMENT