Oleh : TS LOO
Pasangan yang baru kahwin pastinya tidak sabar dan rasa seronok untuk menikmati dunia baru dengan anak. Namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk mengelakkan pasangan baru berkahwin terkejut dengan dunia selepas bersalin. Ketahui beberapa perkara penting akan berlaku setelah anda mempunyai si kecil...
1. Bercanggah pendapat Begitu mudah untuk anda mendapat info soal keluarga, anak dan rumah tangga di laman sosial hari ini. Berkongsi gambar dan cerita tentang anak juga cukup mudah dan macam-macam cara tersendiri. Namun pendapat orang ramai juga pasti berbeza-beza. Sesetengah akan kagum dengan apa yang anda lakukan dari sudut penjagaan anak, dan mungkin ada yang terkejut dengan 'apa yang anda lakukan untuk anak'. Jadi perlu diingat bahawa cara ibu bapa membesarkan anak tidak sama, elak daripada menghentam atau komen dengan pandangan negatif. Bagi kita buruk, tetapi pasti ada sebab jika ibu bapa bertindak dan guna cara nampak lebih tegas dan kejam pada si anak. 2. Rumah berselerak Bukan malas kemas tetapi belum sampai 5 minit anda tinggalkan si anak, sekelip mata barang mainan mula memenuhi ruang tamu. Atau mungkin makanan di atas meja yang tersusun hanya tinggal untuk di makan, tumpah di lantai kerana si kecil terlalu aktif. Jangan sesekali mengeluh dan stres kerana itu adalah 'kenangan bergaduh' dengan si anak paling indah untuk dinikmati. 3. Kurang bergaya Cukup selekeh orang melihat penampilan anda selepas bersalin. Setiap kali mahu bergaya dengan fesyen tudung terkini, pasti ada 'corak' hasil kreativiti anak melekat. Dan baru sahaja pin tudung gaya ala-ala anak dara, terus ditarik dan akhirnya anda lebih memilih untuk memakai tudung sarung yang mungkin nampak ringkas pada mata orang lain. Abaikan, jika anda lebih selesa cara itu. Hanya anda akan memahami situasi dan lalui setiap perkara bersama anak. 4. Curi masa memasak Jika lebih bernasib baik, anda ada peluang untuk ke dapur. Tetapi jika diuji dapat anak yang suka melekat dengan ibu, anda kena pandai uruskan masa. Boleh sebenarnya, cuma perlu pandai curi peluang dan bahagikan masa. Namun demi menjaga hati pasangan, anda harus berterus terang dengan suami dan saling membantu uruskan hal rumah. Walau pun isteri anda hanya suri rumah. Sebab memang wujud sesetengah yang serah kerja rumah 'bulat-bulat' pada isteri. 5. Beralih arah Isu ini agak normal tetapi anda wajib faham 'dunia berdua-duaan' mula hilang, yang mana pasangan akan lebihkan fokus pada si kecil. Elak berkecil hati kerana kadang jika anda lalui perkara ini, itu kerana kasih sayang baru bercambah dan mula mengalir pada 'benih sendiri' yang sangat perlukan perhatian. Tetapi jangan sampai abaikan pasangan, kena juga tahu ambil hati si dia. Paling senang kena belajar meluah, bukan menyimpan perasaan. - CARI Infonet sumber : www.keluarga.my
|
15
Bagus |
31
Marah |
13
Terkejut |
21
Sedih |
22
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT