Oleh Izzah Abbasy
Sekali sekala menyediakan juadah pagi atau petang dengan menu ala Barat pasti menyelerakan. Buat sendiri dan bertukar selera sekali sedap juga daripada asyik makan di kedai sahaja kan? Jom cuba buat Chicken Cheezy Balls pasti terliur dibuatnya. Silap hari bulan lagi sedap daripada kedai Western atau ala-ala Hipster. Berikut resepi yang dikongsikan oleh Resepi Orang Kampung untuk anda. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
500g Ayam/Daging Kisar 200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan) 300g Breadscrumb (Serbuk Roti) 400g Tepung Ubi 3 Biji Kentang 1 Biji Telur (Putih Sahaja) Sedikit garam Sedikit serbuk lada hitam Cara penyediaan : 1) Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur. 2) Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama ayam/daging kisar. 3) Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk. 4) Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong. 5) Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat. 6) Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang. 7) Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti) 8) Celup bebola tadi di dalam telur. 9 ) Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti kena pada semua tempat. 10) Goreng Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus. Kemudia, siaplah untuk dihidangkan untuk seisi keluarga dan yang tersayang. - CARI Infonet
|
15
Bagus |
10
Marah |
5
Terkejut |
18
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT