CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

DAP sedia bantu Kerajaan tangani rasuah

14-7-2013 06:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2587| Komen: 11

SHAH ALAM - DAP menawarkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memerangi gejala rasuah yang makin meruncing dalam negara ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, tawaran ini dibuat demi kepentingan semua berdasarkan kaji selidik Transparency National (TI) yang menunjukkan kerajaan semakin hilang arah dalam membasmi gejala itu.

Katanya, apa yang ditawarkan DAP ini amat kena pada waktunya di saat rakyat Malaysia leka disuap dengan pelbagai mainan sentimen agama dan perkauman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan Malaysia.

“Negara mengalami kerugian akibat rasuah sekitar RM27 bilion setahun.

"Malah menghampiri satu trilion ringgit dalam tempoh 10 tahun seperti yang dianggarkan Laporan Global Financial Integrity yang berpusat di Washington,” jelasnya yang dipetik dari blognya, hari ini.

Februari lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaji selidik TI yang meletakkan Malaysia dalam kategori negara berisiko rasuah dalam perbelanjaan dan operasi ketenteraan dijalankan secara berat sebelah.

Menurut Ahmad Zahid, hasil kaji selidik berkenaan juga merupakan persepsi oleh organisasi berkenaan yang tidak semestinya benar.

"Kita tak izinkan rasuah dan tidak izinkan perkara yang boleh jejaskan imej negara tetapi itu pandangan mereka. Tidak semestinya benar pandangan mereka.



"Negara mana yang tidak dianggap rasuah? Itu persepsi mereka. Mereka yang tentukan standard.

"Dari awal lagi dari segi kajian telah berat sebelah. Jika kita belajar tentang metodologi kaji selidik, ini adalah metodologi kaji selidik yang berat sebelah," katanya.

Dalam pada itu, kajian yang dikeluarkan TI-UK itu, seperti dilaporkan, menyebut Malaysia mendapat markah D- dan setanding dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Russia, Kazakhstan dan Jordan.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, parti-parti politik dan pihak polis merupakan antara dua institusi yang dikenalpasti paling korup.

“Skala rasuah yang dicatatkan untuk polis mencecah angka 4.0 manakala parti politik pula sebanyak 3.8.

“Menurut laporan terkini Barometer Indeks Rasuah Global TI Malaysia yang dikeluarkan pada bulan Mac 2013, hanya 31 peratus responden merasakan bahawa kerajaan mengambil langkah efektif membanteras rasuah.

"Ini menunjukkan penurunan berbanding tahun 2011 iaitu sebanyak 49 peratus," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng turut melahirkan rasa sedih apabila bekas Presiden TI Malaysia yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low terus berada dalam sindrom penafian bila mana beliau seolah-olah tidak peduli kepada laporan buruk indeks rasuah yang didedahkan.

“Kita sedih bila beliau kata rasuah ini adalah gejala global dan bukan hanya libatkan Malaysia sahaja.

“Kita tak nafikan tetapi iltizam kerajaan kita tidak seperti negara lain contohnya China yang sangat serius memerangi rasuah di mana bekas menterinya yang disabit kesalahan itu dijatuhi hukuman mati,” kata Guan Eng.

Tambah membimbangkan, wabak rasuah ini jelasnya lagi seperti dibaja apabila ia dilihat menjadi budaya amalan kerajaan BN.

“Jika rasuah tidak dibanteras habis-habisan, Malaysia akan mati. Tapi, jika rasuah diperangi, BN akan mati,”dakwanya lagi.

Justeru, Guan Eng berharap supaya kerajaan persekutuan yang dikepalai BN sedia untuk membuktikan caca-marba rasuah yang berlaku dalam negara ini dihapuskan

“Perkara ini boleh dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang dan bukan sekadar mainan di mulut sahaja,” kata beliau.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 14-7-2013 03:22 PM
Quote roblucci 14-7-2013 03:28 PM
Khalifah Lim Guan Eng sedia membantu
Quote Decaffeinated 14-7-2013 03:31 PM
betul ka kat malaysia ni rasuah teruk...

naif ka aku...
Quote izamahmed 14-7-2013 03:31 PM
terima kasih tok guru Lim Guan Eng
Quote PITTSBURGH 14-7-2013 03:53 PM
mmg bijak DAP
padan lah penang bebas raswah
persepsi persepsi
Quote pakwetizzaqyah 14-7-2013 03:54 PM
bila DAP nak jadi ahli berisan nesenel??..gerenti lim guan eng akan dipuji melambung2 dalam blog parputaik
Quote izamahmed 14-7-2013 04:01 PM
pakwetizzaqyah posted on 14-7-2013 03:54 PM
bila DAP nak jadi ahli berisan nesenel??..gerenti lim guan eng akan dipuji melambung2 dalam blog par ...

kalau DAP join BN, MCA letak mana?
Quote pakwetizzaqyah 14-7-2013 04:12 PM
izamahmed posted on 14-7-2013 04:01 PM
kalau DAP join BN, MCA letak mana?

letak celah ktiak TUN
Quote PITTSBURGH 14-7-2013 04:13 PM
awat lah PKR or PAS tak wat statemnet cenggitu?
kurg bijak?
Quote TuntungReturn 14-7-2013 04:14 PM
mungkin rasuah tu bleh ditukarkan kepada sumbangan!
Quote Al-Patih 14-7-2013 05:43 PM
"Ini menunjukkan penurunan berbanding tahun 2011 iaitu sebanyak 49 peratus," ujarnya.


itu di nama kan Incurred Not Reported ...punya angka .....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.207575 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top