Oleh Adib ZA Pengalaman menyusukan bayi pastinya menjadi kenangan terindah buat para ibu. Namun, untuk mengekalkan susu badan yang banyak, perlu ada penjagaan yang khusus agar tak putus susu.
Banyak juga tip yang boleh didapati untuk mengekalkan kuantiti susu badan yang sentiasa banyak di kalangan para ibu. Memetik laman Blog MummySayf ini, terdapat 5 petua yang boleh diikuti untuk menambahkan susu badan ini. Moga bermanfaat. 1. Kerap menyusu Ini adalah Petua yang sangat penting yang perlu diingati oleh ibu-ibu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2. Amalan tradisi Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi. 3. Makanan herba Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba. 4. Minum air ikut keperluan Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandugan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu. 5. Posisi yang betul Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. - CARI Infonet Sumber/Kredit: Blog Mummysayf |
minah_kidal replied at 18-3-2016 01:48 PM
kena ingt konsep supply n demand n klo mak keje kena rajin pump every 3hours n balik umah DL. nk lg ...
ThuLE replied at 18-3-2016 05:00 PM
agreed dgn konsep supply and demand tuh..
my 3rd baby dpt bf sampai 3 tahun sbb pump every 3 hr ...
kiutkiut replied at 12-4-2016 04:51 PM
sapa ada pengalaman menyusu baby/pam susu masa puasa?
camne nak maintain susu?
minah_kidal replied at 13-4-2016 10:07 AM
pengalaman takde lg but based on research. sahur tu kena makan berat sket n makan kurma banyak ske ...
ADVERTISEMENT